Berita Harian

LIAM yakin kadar penembusan insurans B40 naik

-

Insurans Hayat Malaysia (LIAM) yakin kadar penembusan terhadap insurans dan takaful mampu ditingkatk­an dalam kalangan rakyat berpendapa­tan rendah (B40) melalui penawaran produk Perlindung­an Tenang.

Presidenny­a, Anusha Thavarajah, berkata selari dengan hasrat itu, pihaknya menggesa lebih banyak syarikat insurans dan pengendali takaful menawarkan produk perlindung­an itu bagi memenuhi kehendak dan keperluan semasa rakyat.

Beliau berkata, dengan perlindung­an asas di bawah Perlindung­an Tenang, rakyat Malaysia kini boleh melindungi diri dan keluarga daripada risiko utama kehidupan dengan sumbangan premium hanya dari beberapa ringgit sebulan.

Lebih banyak syarikat diminta tampil

“Kami berharap dalam beberapa bulan akan datang, lebih banyak syarikat akan tampil untuk mengambil bahagian dalam inisiatif yang bertujuan untuk mengurangk­an jurang perlindung­an di negara ini.

“Perkara ini bukan saja dapat memberikan manfaat kepada pemain industri, malah kepada rakyat demi kebaikan ketika berlaku kecemasan,” katanya pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya LIAM.

Perlindung­an Tenang adalah inisiatif kebangsaan yang dibangunka­n LIAM, Persatuan Takaful Malaysia (MTA) dan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dengan sokongan Bank Negara Malaysia (BNM).

Setakat ini, bagi insurans hayat, terdapat enam syarikat yang menawarkan Perlindung­an Tenang iaitu AIA Bhd, Allianz Life, Great Eastern, Hong Leong Assurance, Sun Life Malaysia dan Tokio Marine Life.

Bagi segmen Takaful pula, AIA Public Takaful Bhd, Prudential BSN Takaful Bhd dan Takaful Ikhlas dan bagi insurans am, hanya Allianz General Insurans yang menyediaka­n tawaran produk itu di pasaran ketika ini.

Anusha berkata, menerusi evolusi berterusan bagi menjangkau pengguna Malaysia serta sokongan mantap semua, pihaknya bersama pemain industri lain akan meneruskan aspirasi mewujudkan kesedaran dan mendidik pengguna mengenai kepentinga­n perlindung­an insuran hayat dan pendidikan kewangan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia