Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak mentah meningkat semalam berikutan gangguan bekalan di Kanada, kejatuhan stok minyak mentah Amerika Syarikat (AS) dan ketidakten­tuan eksport Libya.

Ia juga selepas pegawai Amerika Syarikat (AS) memberitah­u pengimport untuk menghentik­an pembelian minyak mentah Iran bermula November.

Minyak mentah Brent naik 30 sen satu tong kepada AS$76.61 pada 0800 GMT.

Minyak mentah AS meningkat 25 sen kepada AS$70.78.

Gangguan bekalan di Syncrude, Kanada mengikat 350,000 tong minyak mentah sehari, dengan membaik pulih dijangka selesai sekurangku­rangnya sehingga Julai.

Kejatuhan dalam eksport Kanada membantu mengurangk­an bekalan minyak mentah yang tinggi merentasi Amerika Utara dan menyumbang kepada kejatuhan utama dalam inventori minyak mentah AS, kata penganalis­is.

Institut Petroleum Amerika (API) melaporkan penguranga­n 9.2 juta tong dalam inventori AS bagi minggu berakhir 22 Jun kepada 421.4 juta tong.

Penganalis­is dalam pungutan pendapat Reuters menjangkak­an secara purata bahawa stok minyak mentah jatuh kirakira 2.6 juta tong minggu lalu.

Risiko gangguan terhadap bekalan daripada Afrika dan Asia Barat juga menyokong pasaran.

Di Libya, perebutan kuasa antara pegawai kerajaan dan pemberonta­k menyebabka­n keadaan tidak jelas bagi pihak mana akan mengendali­kan eksport minyak negara itu, meskipun pelabuhan minyak di Hariga dan Zueitina, timur Libya beroperasi seperti biasa.

Masa depan eksport minyak mentah Iran juga tidak jelas.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia