Berita Harian

Pelabur berhati-hati isu perang dagangan

-

firma tenaga rali semalam selepas peningkata­n dalam harga minyak, tetapi pasaran Asia berdepan kesukaran untuk mengekalka­n momentum awal dan melanjutka­n kejatuhan baru-baru ini berikutan perang perdaganga­n menjejaska­n pelabur.

Kedua kontrak minyak mentah utama meningkat selepas Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) memberi amaran sekutu AS bahawa mereka akan terjejas dengan sekatan jika mereka tidak menghentik­an pembelian minyak Iran menjelang 4 November.

Penganalis­is berkata, sementara pengumuman itu tidak dijangkaka­n, pengesahan fakta itu semata-mata sudah cukup untuk mendorong pelabur dalam mod pembelian.

Komoditi itu menikmati kenaikan kukuh sejak hujung minggu, bila Pertubuhan Negara-negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC) dan Russia bersetuju untuk meningkatk­an secara sederhana paras siling output.

Rusuhan di Libya juga memberi sokongan.

Harga minyak yang tinggi, Brent naik lebih 2 peratus dan WTI lebih 3 peratus kelmarin, melonjakka­n saham firma tenaga.

CNOOC meningkat lebih 4 peratus di Hong Kong, sementara Petrochina naik 1.6 peratus.

Woodside Petroleum di Sydney naik 1.4 peratus, sementara syarikat yang disenaraik­an di Tokyo, meningkat 1.5 peratus dan JXTG melonjak lebih 6 peratus.

Bagaimanap­un, ketegangan perdaganga­n terus meningkat, pelabur menunggu kemajuan berikutnya.

Tokyo ditutup 0.3 peratus lebih rendah.

Hong Kong jatuh lebih 1 peratus dan Shanghai ditutup 1.1 peratus lebih rendah, dengan pasaran China kini dalam pembetulan, jatuh 20 peratus daripada paras tertinggin­ya.

Seoul jatuh 0.4 peratus, sementara Singapura susut 0.1 peratus dan Sydney rendah sedikit.

Taipei dan Mumbai jatuh, tetapi Wellington, Manila, Bangkok dan Jakarta naik.

Dalam pasaran tukaran asing, ketidakten­tuan perdaganga­n melonjakka­n dolar AS berbanding kebanyakan mata wang lain, meskipun ia lemah berbanding yen, euro dan pound.

Yuan juga jatuh dan menerima tekanan berikutan kebimbanga­n mengenai impak perang perdaganga­n di ekonomi kedua terbesar dunia, yang sedang menunjukka­n kelemahan.

Pada awal dagangan, pasaran London naik 0.3 peratus, Paris tidak berubah dan Frankfurt naik sedikit kepada 0.1 peratus.

 ?? [ FOTO HIASAN] ?? Ketegangan perdaganga­n terus meningkat pedagang ambil inisiatif berhati-hati.
[ FOTO HIASAN] Ketegangan perdaganga­n terus meningkat pedagang ambil inisiatif berhati-hati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia