Berita Harian

Kedah kaji semula air percuma

Kerajaan negeri mahu program hanya dinikmati golongan berpendapa­tan rendah

- Oleh Petah Wazzan Iskandar wazzan@nstp.com.my

Kerajaan Kedah akan mengkaji semula program air percuma 20 meter padu yang dilaksanak­an Januari lalu untuk memastikan hanya golongan berpendapa­tan rendah menikmati insentif itu, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Katanya kerajaan negeri mendapati pemberian air percuma maksimum 20 meter padu sebulan kepada 221,000 akaun domestik membabitka­n separuh daripada pengguna di Kedah kerana ia juga dinikmati mereka yang berpendapa­tan besar.

Tanggung bayaran RM18 juta setahun

Beliau berkata berikutan masalah itu, pelaksanaa­nnya akan dikaji semula bagi memberi tumpuan kepada mereka yang berpendapa­tan rendah dan wajar dibantu.

“(Kaedah lama) Kedah terpaksa menanggung bayaran sebanyak RM18 juta setahun, iaitu RM1.5 juta sebulan kepada Syarikat Air Darul Aman (SADA), maka ia membebanka­n kita sebagai negeri yang tidak mempunyai sumber ekonomi yang besar.

“Sebagai negeri yang bukan berpendapa­tan tinggi, dengan bantuan yang tidak mencapai sasaran yang sebenar, kita akan pertimbang­kan semula program terbabit bagi mencari kaedah terbaik supaya mereka yang layak dapat menikmati manfaatnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat EXCO di Wisma Darul Aman, di sini, semalam.

November tahun lalu, kerajaan negeri yang dipimpin Barisan Nasional (BN) melaksanak­an pengecuali­an caj bekalan air kepada pengguna domestik di Kedah, dengan syarat penggunaan maksimum 20 meter padu sebulan bermula Januari lalu.

Pelaksanaa­n tersusun

Perkara itu diumumkan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah membabitka­n insentif kepada 221,000 pengguna domestik yang memiliki bil bulanan tidak melebihi RM10 ketika membentang­kan Bajet Kedah 2018.

Mukhriz berkata, pihaknya menjangkak­an pelaksanaa­n secara tersusun akan dilakukan seawal Ogos ini dengan mereka yang layak dapat menikmati air percuma.

“Kita akan melakukan penyelaras­an senarai pengguna dengan semua pihak termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK),” katanya.

Sebagai negeri yang bukan berpendapa­tan tinggi, kita akan pertimbang­kan semula program terbabit bagi mencari kaedah terbaik supaya mereka yang layak dapat menikmati manfaatnya” Mukhriz Mahathir, Menteri Besar Kedah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia