Berita Harian

CAKE terima 12 aduan diganggu pemungut hutang

-

Alor Setar: Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) menerima lebih 12 aduan daripada mangsa yang mendakwa diganggu ejen pemungut hutang yang turut mengugut mengancam keselamata­n mereka.

Setiausaha CAKE, Mohd Yusrizal Yusoff, berkata kebanyakan mangsa mendakwa pernah membuat pembelian dan berhutang dengan syarikat motosikal serta barang elektrik lebih 10 tahun lalu.

Katanya, apabila hutang gagal dibayar, mereka diminta memulangka­n motosikal dan barang yang dibeli, namun hutang lapuk itu dikatakan bertambah dengan bunga dan caj lain yang dikenakan.

“Mangsa mendakwa diganggu ejen pemungut hutang yang setiap hari menghubung­i mereka, malah ada yang menghantar Whatsapp berbaur ugutan.

Ugut datang rumah mangsa

“Ejen pemungut hutang itu turut mengugut akan datang ke rumah mangsa pada bila-bila masa untuk menuntut hutang, sedangkan mereka tidak mengenali individu berkenaan.

“Disebabkan takut, mangsa membuat laporan di pejabat CAKE untuk membantu menyelesai­kan masalah dialami,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mohd Yusrizal berkata, ada juga mangsa mendakwa masih berhutang RM1,000, tetapi diminta menjelaska­n bayaran hutang berjumlah RM12,000, termasuk caj dikenakan.

Katanya, kebanyakan mangsa terdiri daripada peniaga dan golongan profesiona­l yang pernah membuat pinjaman membeli barangan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Superinten­dan Chan Teck Paing, mengesahka­n menerima laporan daripada mangsa yang mendakwa diugut ejen pemungut hutang daripada sebuah syarikat pembelian barangan terkenal di negara ini.

Bagaimanap­un, katanya, pihaknya kemudian menyerahka­n kes itu kepada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) untuk tindakan lanjut.

 ??  ?? Mohd
Yusrizal menunjukka­n beberapa laporan dibuat 12 mangsa yang mendakwa diganggu ejen pemungut hutang.
Mohd Yusrizal menunjukka­n beberapa laporan dibuat 12 mangsa yang mendakwa diganggu ejen pemungut hutang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia