Berita Harian

FILEM ‘ANAK NOGORI’

This Is Pilah: The Movie guna formula tampil muka baharu

- Oleh Hanisah Selamat hanisah@bh.com.my

Filem This is Pilah: The Movie yang mengetenga­hkan sepenuhnya dialek Negeri Sembilan, selain membariska­n lebih 90 peratus pelakon ‘anak Nogori’ antara keunikan yang dipertaruh­kan Madness Films Sdn Bhd.

Penerbitny­a, Sahfirulni­zam Haron, berkata keunikan itu diharap mampu menarik penonton ke pawagam, apatah lagi perjalanan ceritanya sarat babak lucu, namun penuh pengajaran.

Ulas produser yang berpengala­man menerbitka­n drama itu, meletakkan pelakon gred A bukan penentu kejayaan sesebuah filem, memandangk­an penonton semakin bijak membuat pilihan.

“Memang cabaran buat kami untuk menarik orang ke panggung wayang. Boleh dikatakan usaha berisiko, namun melihat plot, ke upayaan pelakon dan kisahnya yang lucu, kami yakin filem ini mempunyai kelompok penggemar tersendiri.

“Walaupun memberi fokus terhadap anak Nogori, kami menyasarka­n filem ini untuk tontonan semua, terutama mereka yang mahu tahu dengan lebih mendalam mengenai Adat Perpatih, termasuk larangan berkahwin sesama suku.

“Sudah tiada formula tertentu dalam pembikinan dan pasaran filem semasa. Kami sanggup ambil risiko bagi mewarnai industri perfileman tanah air,” katanya.

Tak kering gusi

This is Pilah: The Movie berkisar mengenai hasrat seorang pemuda dari Kuala Pilah yang mahu memperiste­rikan gadis idamannya, tetapi terpaksa berdepan halangan disebabkan keduaduany­a daripada suku yang sama.

Dalam perjuangan merealisas­ikan impian, Jasni lakonan Juzzthin berdepan cabaran apabila bapanya dan emak kekasihnya cuba menjarakka­n hubungan mereka.

Enggan melanggar adat, pada masa sama keinginan untuk bersatu semakin kuat menyebabka­n anak muda yang sentiasa ditemani kawan baiknya, Haniff itu berusaha mencari jawapan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Waris dan Joey dalam satu babak filem komedi yang menggunaka­n dialek Negeri Sembilan sepenuhnya.
Waris dan Joey dalam satu babak filem komedi yang menggunaka­n dialek Negeri Sembilan sepenuhnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia