Berita Harian

Kak Limah cari suami

Delimawati buka hati terima jejaka beriman usia 50-an, isi kesunyian hidup tak berteman

- Oleh Muhamad Fairoz Azizan muhamadfai­roz@bh.com.my

Mengatur langkah ke jenjang pelamin cukup mengusik perasaan wanita ini, apatah lagi mengenangk­an dirinya yang hidup sendirian sejak tujuh tahun lalu.

Biarpun sekadar gimik pelancaran filem lakonannya, Delimawati Ismail mengaku hatinya tersentuh tatkala duduk di pelamin dihias indah ibarat meraikan hari bahagianya sendiri.

Menyimpan perasaan ingin berteman selepas dua kali mendirikan rumah tangga, Delimawati berharap masih ada jodoh buatnya dalam mengecap kebahagiaa­n suami isteri hingga hujung nyawa.

Menyedari mungkin ada yang menganggap ibu tunggal seusianya ‘gatal’, Delimawati yang lebih dikenali dengan panggilan Kak Limah mahu masyarakat melihat insan sepertinya memerlukan teman dan kasih sayang suami.

Ketika usia melebihi enam dekad, hati Delimawati kadangkala terusik untuk mencari peneman di kala sunyi apatah lagi mengenangk­an lima anaknya sudah berkeluarg­a.

“Saya pernah berkahwin dua kali. Seorang suami saya meninggal dunia, manakala seorang lagi berpisah.

Mahukan teman hidup

“Saya tidak mencari, tetapi kalau ada jodoh, apa salahnya. Dalam usia begini, saya cuma mahu seorang teman untuk menemani ke surau.

“Semua artis seusia meluahkan perasaan sama. Kami mahukan teman yang boleh menjaga dan membimbing kami bagi menghabisk­an sisa-sisa hidup.

“Anak-anak semua sudah berkeluarg­a, saya tidak mahu menyusahka­n mereka untuk menguruska­n saya seorang. Mereka ada kehidupan sendiri,” katanya.

Masih berupaya memandu sendirian ke lokasi penggambar­an dan menghadiri majlis, Delimawati bagaimanap­un berharap adanya teman yang boleh diajak berbual dan mengiringi­nya ke sana-sini.

Mendambaka­n lelaki berusia lebih 50 tahun sebagai calon suami, Delimawati yang ditemui pada majlis pelancaran filem lakonannya, Hantu Kak Limah di ibu negara, kelmarin, berharap jejaka itu beriman dan mampu membimbing­nya hingga ke akhir hayat.

“Pada 1990-an, saya pernah ditimpa kemalangan jalan raya kerana memandu sendirian. Jadi, timbul kerisauan kepada anakanak. Mereka pernah menyuaraka­n pendapat agar berkahwin. Namun, mereka tidak pernah mencarikan calon untuk saya.

Tak mahu rampas suami orang

“Saya bukanlah ‘gatal’ nak kahwin, tetapi sekadar mahukan teman berborak dan boleh menjaga kita. Sekarang saya tinggal dengan anak bongsu di Puchong. Dia akan berkahwin, tidak lama lagi.

“Selepas ini, saya akan hidup sendiri. Takut kalau suatu hari malang, saya terjatuh di rumah seorang diri, tiada siapa yang tahu,” katanya.

Mengelak daripada merampas hak orang lain dengan menjadi isteri kedua, namun, Delimawati tidak menolak andai itu sudah ditakdirka­n jodohnya.

Biarpun ada peminat yang menegurnya di laman sosial, bagi Delimawati, itu bukanlah jalan mudah untuk menerima sesiapa saja dalam hidupnya.

Sebaliknya, Delimawati mahukan lelaki yang ikhlas dan boleh menjaganya dengan baik.

“Kalau dapat, biarlah lelaki yang melapangka­n kepala dan dada. Orang takut nak rapat sebab ingat artis ini dianggap high maintenanc­e (belanja tinggi). Sudah tua begini, tiada apa yang saya mahu melainkan teman hidup.

“Tetapi kalau yang datang itu mampu menyara dan mahukan saya berhenti berlakon, tiada masalah. Cuma, apabila jadi artis, kadang-kadang gian nak berlakon itu mesti ada. Tak salah kalau sekali-sekala beraksi,” katanya.

Menyentuh mengenai populariti­nya dengan filem arahan Mamat Khalid itu, Delimawati berkata, kadang-kala dia terfikir mengenai karakter yang sinonim dengannya sehingga orang lebih mengenali watak daripada diri sendiri.

“Hantu Kak Limah yang banyak mempopular­kan saya. Saya mengaku, nama saya ‘naik’ disebabkan Mamat Khalid sejak tersiarnya telefilem Rombongan Cik Kiah Ke Sukan Komanwel pada 1998.

“Saya selesa bekerja dengan Mamat sebab dia faham kita. Disebabkan Kak Limah, budak-budak terus panggil saya dengan panggilan itu. Pada mulanya tak selesa, tetapi apabila terhasil filem kedua dan ketiga, saya terpaksa senyum sahaja,” katanya.

Artis veteran terabai

Lebih 30 tahun bergeluman­g dalam bidang seni, hatinya tersentuh mengenangk­an nasib insan seni seusianya yang dipinggirk­an. Delimawati melihat artis seusianya seolah-olah dinafikan bakat mereka.

“Saya tengok watak emak-emak sekarang banyak dimonopoli pelakon berusia 40-an. Habis yang usia seperti kami ini nak jadi apa? Takkan setakat jadi nenek dan hantu sahaja?

“Kebanyakan penerbit terutama drama, saya lihat terlalu terikutiku­t dengan drama Filipina yang menampilka­n emak-emak muda yang cantik. Usia 60-an seperti kami sudah tidak diperlukan, sebab itu ramai artis seperti saya, tiada kerja.

“Macam saya sekarang, sudah dua bulan tiada tawaran datang. Saya tidak ada masalah untuk terima tawaran drama rantaian kerana itu sudah kerja kita sebagai pelakon,” katanya.

Kalau dapat, biarlah lelaki yang melapangka­n kepala dan dada. Orang takut nak rapat sebab ingat artis ini dianggap high maintenanc­e Sudah tua begini, tiada apa yang saya mahu melainkan teman hidup” Delimawati

 ?? [ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN / BH ] ??
[ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN / BH ]
 ?? [ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN / BH ] ?? Delimawati mengaku tersentuh hati ketika melakukan gimik bersanding pada pelancaran filem
Hantu Kak Limah.
[ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN / BH ] Delimawati mengaku tersentuh hati ketika melakukan gimik bersanding pada pelancaran filem Hantu Kak Limah.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia