Berita Harian

Didik anak menabung duit raya

Buka minda mengenai keperluan berjimat, tak persoal jumlah wang diterima

- Oleh Hidayah Mohammad hid_mohd@bh.com.my

Pemberian duit raya kepada kanak-kanak menjadi perangsang perkembang­an positif dengan memupuk semangat menabung seawal usia.

Duit yang diberikan juga dilihat sebagai simbolik kepada sokongan serta insentif pemberi kepada kanak-kanak untuk mereka memulakan tabungan sebelum meneruskan usaha berkenaan pada masa hadapan.

Menjadi tanggungja­wab ibu bapa memastikan setiap pemberian diuruskan dengan sempurna kerana proses pengurusan wang raya juga membuka minda anak mengenai pentingnya berjimat cermat ketika berbelanja.

Pensyarah Program Komunikasi dan Felo Penyelidik Unit Penyelidik­an Warisan Borneo, Fakulti Kemanusiaa­n, Seni Warisan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Norhuda Salleh, berkata ibu bapa bertindak sebagai pemangkin memupuk semangat berbelanja secara berhemat.

Beliau berkata, ibu bapa perlu menetapkan matlamat membuat tabungan hasil pemberian duit raya supaya anak tidak menghabisk­annya untuk perkara tidak bermanfaat.

Menabung jamin masa depan

“Semangat menabung melatih anak membuat persediaan bagi menjamin masa depan mereka terutama dalam bidang pendidikan. Usaha ini melatih mereka menjadi insan berdisipli­n dengan menabung memupuk disiplin yang tinggi.

“Duit yang dikumpul dan disimpan di dalam bank boleh dikeluarka­n untuk keperluan masa depan. Selain dijadikan pelaburan dengan keuntungan dimanfaatk­an ketika berlaku kecemasan,” katanya kepada BH, baru-baru ini.

Norhuda berkata, pemberian duit raya menjadi adat dalam budaya meraikan perayaan semua masyarakat di negara ini, namun amalan itu tertakluk kepada kemampuan individu.

Beliau berkata, banyak atau sikit tidak seharusnya dipersoalk­an, namun bagaikan lumrah kanak-kanak tanpa segan mempertika­ikan perkara itu.

Sekali lagi katanya, ibu bapa hari ini berhadapan cabaran ketika mendidik anak yang secara lumrahnya mengharapk­an pemberian yang lebih.

“Sikap sedemikian perlu ditegur kerana pada usia sedemikian mereka perlu didedahkan dengan nilai murni. Didik mereka supaya tidak mempersoal­kan, sebaliknya mensyukuri pemberian tanpa melihat jumlah diterima.

“Maklumkan kepada mereka bahawa memberi duit raya bukanlah satu kewajipan. Pemberian bergantung kemampuan tuan rumah.

“Apabila anak mendapat bimbingan peringkat awal dengan memberi penerangan mengenainy­a, saya yakin jumlah diberikan tidak menjadi persoalan,” katanya.

Maklumkan kepada anak bahawa memberi duit raya bukanlah satu kewajipan. Pemberian bergantung kemampuan tuan rumah” Norhuda Salleh, Pensyarah Program Komunikasi dan Felo Penyelidik Unit Penyelidik­an Warisan Borneo, Fakulti Kemanusiaa­n, Seni Warisan, UMS

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Kegembiraa­n kanak-kanak mendapat duit raya wajar jadi dorongan kepada mereka untuk menabung.
[FOTO HIASAN] Kegembiraa­n kanak-kanak mendapat duit raya wajar jadi dorongan kepada mereka untuk menabung.
 ??  ??
 ??  ?? Jumlah duit raya diterima bergantung kepada kemampuan tuan rumah.
Jumlah duit raya diterima bergantung kepada kemampuan tuan rumah.
 ??  ?? Pupuk sikap menabung kepada anak.
Pupuk sikap menabung kepada anak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia