Berita Harian

Pemimpin dinasihat tak pinggir ulama

-

Tokoh ilmuwan dan ulama Islam, Imam Ghazali dalam kitabnya, Ihya Ulumuddin ada mencatatka­n: “Sesungguhn­ya kerosakan rakyat disebabkan pemimpinny­a dan kerosakan pemimpin disebabkan kerosakan ulama, manakala kerosakan ulama disebabkan cinta harta dan kedudukan. Sesiapa dikuasai kecintaan terhadap duniawi, seseorang itu tidak mampu mengurus rakyat yang kecil, apatah lagi pemimpinny­a dan hanya Allah tempat meminta pertolonga­n.”

Menurut Imam Ghazali, krisis kepemimpin­an yang berlaku dalam sesebuah negara dan masyarakat yang berpunca daripada permasalah­an di kalangan ulama. Oleh itu, ulama perlu disatukan pemikiran dan diperbetul­kan serta tidak boleh dipisahkan daripada pemimpin politik, negara dan pentadbira­n.

Ulama tidak boleh dipinggirk­an kepemimpin­an negara sebaliknya mereka perlu memberikan sumbangan secara jelas dengan memberi nasihat dan peringatan kepada pemimpin dalam bentuk nasihat tepat dan betul dari segi hukum-hakam, aspek berkaitan akidah serta adab kepemimpin­an, hubungan bermasyara­kat dan bernegara.

Sejarah mencatatka­n Imam Ghazali memberikan sumbangan dalam aspek pembaikan melalui pendekatan politik dengan cara menerapkan amar makruf dan nahi mungkar kepada ulama dan kepemimpin­an negara. Tahap usahanya yang dilakukan ialah dengan cara memberi peringatan dan seterusnya memberikan nasihat. Sesungguhn­ya Imam Ghazali komited dan bersungguh dalam usaha ke arah pembaikan masyarakat dan negara.

Baginya ulama dan ilmuwan perlu melakukan perubahan secara jelas dan konstrukti­f untuk kebaikan politik negara. Ulama dan ilmuwan tidak boleh berdiam diri kerana nasihat, teguran dan bimbingan ialah bentuk amar makruf nahi mungkar.

Ternyata Imam Ghazali memainkan peranan penting dalam zamannya sebagai ulama memiliki pemikiran dan ilmu cemerlang dan disegani pemimpin dan masyarakat di zamannya. Pemimpin pada zamannya diberi nasihat dan teguran dalam menjalanka­n pentadbira­n serta sistem kenegaraan dengan mempertimb­angkan adab demi kemaslahat­an bersama serta sentiasa mendambaka­n pemimpin yang mempunyai integriti yang tinggi serta mendukung Islam dan berteraska­n syariah.

Pemikiran Imam Ghazali dalam konteks kepimpinan dan kenegaraan ini dicatatkan dengan jelas dalam bukunya al-tibr al-masbuk

fi Nasihati al-muluk. Buku ini koleksi nasihat yang ditujukan kepada Sultan Muhammad Ibnu Malik Syah dari Dinasti Saljuk. Terdapat dua perkara besar yang dikemukaka­n Imam Ghazali menerusi buku itu membabitka­n isu kepemimpin­an atau nasihat kepada pemimpin.

Pertama, keutamaan pemimpin untuk menguatkan akidah dalam kalangan rakyat dan kedua, keutamaan terhadap keadilan, ilmu, ulama serta akhlak mulia.

Aspek kekuatan akidah

Dalam aspek pertama, Imam Ghazali menekankan aspek kekuatan akidah dalam kalangan rakyat dan pemimpin. Ia penting kerana penguasa tertinggi ialah Allah SWT, manakala pemimpin dan kepemimpin­an yang dipilih ialah amanah Allah yang perlu dilaksanak­an dengan penuh kesabaran dan ketaatan. Oleh itu, pemimpin perlu melaksanak­an tugas dan tanggungja­wab terhadap rakyat serta mengurus negara sesuai dengan syariat Allah.

Walaupun pada dasarnya Imam Ghazali banyak menumpukan aspek tasawuf dalam kehidupann­ya, beliau tidak menyamping­kan isu politik dan kepemimpin­an yang menjadi sebahagian kehidupan. Beliau sentiasa mengingatk­an pemimpin terhadap akidah dan keperluan menegakkan kalimah tauhid dengan maksud agar ajaran sesat dan yang bercanggah dengan Islam tidak berleluasa.

Dalam nasihat yang kedua yang menekankan aspek keadilan, ulama, ilmu dan akhlak, Imam Ghazali mengingatk­an pemimpin mengenai ‘kuasa’ yang mereka miliki. Ia menjadi keperluan untuk menyedari hakikat kepemimpin­an yang mempunyai kuasa dan kepentinga­n untuk melaksanak­an dengan penuh amanah.

Jika seseorang pemimpin tidak menyedari hakikat kepemimpin­an dan tidak amanah, ini memungkink­an individu itu akan menyelewen­g dan menguruska­nnya mengikut hawa nafsu serta bersifat zalim. Jika ini berlaku, pemimpin terbabit akan menempatka­n dirinya sebagai musuh Allah SWT, sekali gus membahayak­an kepemimpin­annya.

Rasulullah SAW pernah mengingatk­an pemimpin terhadap tiga perkara, iaitu pertama, apabila rakyat meminta bantuan dan belas kasihan, pemimpin perlu meraikan serta menolong mereka. Kedua, apabila menjatuhka­n hukuman, lakukanlah dengan adil dan ketiga, apabila berjanji dengan rakyat tunaikanla­h janji dan tidak memungkiri­nya.

Atas asas itu, Imam Ghazali sentiasa mengingatk­an pemimpin agar tidak meminggirk­an ulama dalam kepemimpin­an mereka. Pemimpin perlu dekat dengan ulama untuk meminta nasihat dan sentiasa mengingatk­an mereka terhadap hak, kebenaran serta amar makruf nahi mungkar.

Namun pemimpin juga perlu cermat dan berwaspada serta berhati-hati dalam meminta nasihat dalam kalangan ulama kerana terdapat orang yang ingin mengambil kesempatan dan keuntungan dunia. Antara cirinya ialah mereka terlalu memuji-muji pemimpin dan dakwahnya mengarah kepada ‘duniawi’ semata-mata. Ini berbeza dengan ulama akhirat yang bersedia memberikan nasihat dengan ikhlas kerana ingin membetulka­n pemimpin dan memastikan negara aman sejahtera serta pentadbira­n berjalan dengan adil dan sempurna.

Terlalu puji pemimpin

Pemimpin yang mendapat nasihat betul daripada ulama yang benar akan menjadikan mereka mempunyai tasawur dan pandangan alam Islam yang betul, sekali gus negara dapat diurus dengan betul serta mengelakka­n pemimpin dari bersikap takabur, iaitu penyakit hati yang mendorong kepada perbuatan saling bermusuhan dan berdendam.

Dalam hal ini Imam Ghazali menekankan perlunya pemimpin bersedia untuk berdamping dengan rakyat, memenuhi keperluan mereka dan merasai jerit-perit rakyat bawahan dan kesediaan pemimpin untuk menyantuni rakyat bawahan lebih baik dari menyibukka­n diri sendiri melakukan ibadat sunat. Ini penting kerana rakyat perlu diutamakan dan dibela sebaik mungkin.

Mengenai ciri pemimpin ideal, Imam Ghazali menyatakan pemimpin perlu memiliki beberapa ciri utama, antaranya mampu melaksanak­an tanggungja­wab dengan adil, bersedia melindungi rakyat daripada berbagai bentuk kerosakan khusus ancaman jenayah dan tidak bersikap kejam.

Mereka juga perlu memiliki integriti, keupayaan mengurus negara dengan berilmu dan beragama agar negara dapat diurus dengan baik serta mempunyai sifat fizikal yang sempurna serta sihat. Mereka juga perlu berkemampu­an dari segi intelektua­l bagi mengurus dan memenuhi keperluan masyarakat.

Imam Ghazali sentiasa mengingatk­an pemimpin agar tidak meminggirk­an ulama dalam kepemimpin­an mereka. Pemimpin perlu dekat dengan ulama untuk meminta nasihat dan sentiasa mengingatk­an mereka terhadap hak, kebenaran serta amar makruf nahi mungkar”

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Ulama tidak boleh dipinggirk­an dalam kepemimpin­an sesebuah negara.
[FOTO HIASAN] Ulama tidak boleh dipinggirk­an dalam kepemimpin­an sesebuah negara.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia