Berita Harian

Pemilihan serantau Indonesia bermula

Uji prospek Jokowi hadapi pemimpin konservati­f Islam

-

Puluhan juta rakyat Indonesia keluar mengundi, semalam untuk pilihan raya tempatan yang dilihat bakal menguji prospek Presiden Joko Widodo menjelang pilihan raya umum 2019.

Pemilihan serantau untuk 171 datuk bandar, kabupaten dan gabenor wilayah itu dijangka menetapkan corak pilihan raya presiden dan parlimen, tahun depan yang turut melihat penentanga­n terbuka pemimpin konservati­f Islam terha dap Jokowi.

Lebih daripada 160 juta rakyat Indonesia adalah pengundi berdaftar dengan separuh angka itu menghuni di Pulau Jawa, manakala penduduk di Jawa Barat pula mencecah 47 juta, hampir menyamai jumlah penduduk di Sepanyol.

Presiden Indonesia sebelum ini berikrar melindungi tradisi pluralism dan Islam sederhana yang diamalkan negara itu selama ini.

Isu serangan militan

Negara republik itu kini dalam keadaan berwaspada susulan serangan bunuh diri di Surabaya yang meragut 30 nyawa bulan lalu, iaitu serangan terburuk militan Islam ke atas Indonesia sejak sedekad lalu.

Polis dan tentera dilihat mengerahka­n ribuan pegawai serta anggota untuk mengawal keselamata­n di semua pusat pengundian sama ada di sekolah, dewan bandaran atau khemah yang dipasang khas.

Jurucakap polis, Setyo Wasisto, berkata jabatan itu mengadakan beberapa operasi dan menggerakk­an 171,000 anggota bersama tentera bagi mengawasi keselamata­n setempat.

Tema hantu

Sementara itu, sebuah pusat mengundi di Randusuri di Semarang, Indonesia menggunaka­n tema hantu bagi menggalakk­an orang ramai keluar mengundi dalam pilihan raya tempatan, negara itu.

Dewan yang dijadikan tempat mengundi juga dihiasi dengan replika kubur, keranda dan mayat serta muzik seram turut dimainkan.

Ketua TPS 007, B Krisyanto, berkata pihaknya memilih tema seram kerana tempat itu berhampira­n kawasan perkuburan Bergota.

Jumlah pengundi berdaftar di kawasan itu adalah 340 orang, iaitu 171 lelaki dan 169 perempuan.

 ??  ?? Pegawai pilihan raya bersedia memulakan proses mengundi untuk pemilihan tempatan di Bali yang bertemakan Piala Dunia 2018.
Pegawai pilihan raya bersedia memulakan proses mengundi untuk pemilihan tempatan di Bali yang bertemakan Piala Dunia 2018.
 ?? [FOTO REUTERS/AFP] ?? Pegawai dan petugas memakai kostum hantu di pusat mengundi Randusari, Semarang di Jawa Tengah yang terletak berhampira­n kawasan perkuburan Bergota.
[FOTO REUTERS/AFP] Pegawai dan petugas memakai kostum hantu di pusat mengundi Randusari, Semarang di Jawa Tengah yang terletak berhampira­n kawasan perkuburan Bergota.
 ??  ?? Warga Indonesia menunjukka­n jari yang dicelup dengan dakwat selepas mengundi di Tangerang, Banten, semalam.
Warga Indonesia menunjukka­n jari yang dicelup dengan dakwat selepas mengundi di Tangerang, Banten, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia