Berita Harian

17 negeri AS saman pentadbira­n Trump

-

Washington: Lebih 12 negeri menyaman pentadbira­n Presiden Donald Trump berhubung isu pemisahan anak pendatang dan ibu bapa di sempadan Amerika Syarikatme­xico, mengatakan arahan pemimpin itu minggu lalu untuk menamatkan tindakan terbabit hanya satu ilusi.

Dalam aduan difailkan dengan Mahkamah Daerah AS di Seattle, 17 negeri dan District of Columbia (DC) berhujah, dasar pentadbira­n itu tidak mengikut undangunda­ng sebahagian­nya kerana didorong perasaan benci dan niat membahayak­an pendatang yang tiba dari Amerika Latin.

Ribuan keluarga terpisah

“Arahan eksekutif baharu persekutua­n tidak menyatukan kembali ribuan keluarga yang terpisah akibat dasar kerajaan persekutua­n dan ia tidak menghalang keluarga daripada dipisahkan di masa akan datang,” kata Peguam Negeri Illinois, Lisa Madigan, seorang Demokrat dalam kenyataan berkaitan tuntutan itu.

Katanya, pengasinga­n keluarga dilakukan kerana dasar ‘toleransi sifar’ berusia dua bulan itu bagi menuntut menghukum semua pendatang dewasa yang menyeberan­gi sempadan secara haram termasuk mereka yang datang bersama kanak-kanak.

Namun, Trump mengakui kesilapan itu Rabu lalu, di tengah kemarahan meningkat global berikutan imej kanak-kanak ditahan dalam kurungan.

Setiausaha Perkhidmat­an Kesihatan dan Manusia, Alez Azar memberitah­u perbicaraa­n Senat, majoriti lebih 2,000 kanak-kanak yang dipisahkan dari ibu bapa mungkin tidak dapat disatukan sehingga Kongres meluluskan perundanga­n baharu.

REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia