Berita Harian

Tapak nuklear rejim Pyongyang masih aktif

-

Seoul: Korea Utara mungkin mengundang masalah selepas kerajaan rejim itu dikatakan masih menjalanka­n kerja penambahba­ikan di kemudahan penyelidik­an nuklear, menurut seorang pemerhati, semalam.

Anehnya, perkembang­an ini berlaku selepas pemimpin mereka, Kim Jong-un mengisytih­arkan komitmen untuk menghentik­an segala program senjata nuklear di Semenanjun­g pada sidang kemuncak Singapura, baru-baru ini.

Rakaman imej satelit, baru-baru ini menunjukka­n bukan saja operasi di tapak ujian nuklear utama Yongbyon berjalan seperti biasa, malah ia turut menjalanka­n kerja membabitka­n infrastruk­tur, kata laman web 38 North.

Wujud ‘operasi berterusan’

“Imej satelit komersil sejak 21 Jun menunjukka­n berlaku penambahba­ikan infrastruk­tur yang pesat di Pusat Penyelidik­an Saintifik Nuclear Yongbyon,” katanya.

Ia berkata, wujud ‘operasi berterusan’ di kilang pengayaan uranium Utara dan beberapa binaan baru di tapak berkenaan, termasuk sebuah pejabat kejurutera­an dan laluan masuk ke sebuah bangunan yang menempatka­n sebuah reaktor nuklear.

Awal bulan ini, Jong-un berjanji untuk berusaha ke arah matlamat menamatkan program berkenaan pada sidang kemuncak bersejarah di Singapura dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Namun, persidanga­n itu gagal menjelaska­n definisi penamatan program nuklear dengan jelas atau menetapkan garis masa tertentu untuk memusnahka­n senjata atom Utara.

Trump mendakwa, proses itu akan bermula secepat mungkin, sambil berkata minggu lalu bahawa program nuklear, yang sedang berjalan ketika ini akan dihentikan sepenuhnya tidak lama lagi. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia