Berita Harian

Pemilik laman lucah Korea Selatan ditahan

-

Seorang wanita yang juga pengasas bersama laman web pornografi terbesar Korea Selatan ditahan selepas melarikan diri ke New Zealand sejak sekian lama.

Soranet, dicipta pada 1989 mengandung­i ribuan video lucah haram, termasuk kamera tersembuny­i yang merakam visual wanita secara rahsia di tempat awam.

Pengedaran bahan lucah menyalahi undang-undang Korea Selatan walaupun lambakan video boleh ditonton menerusi laman web berpangkal­an di luar negara atau dikongsi secara sulit.

Wanita berusia 45 tahun dengan nama keluarga Song itu pulang ke Seoul minggu lalu selepas pihak berkuasa Korea Selatan membatalka­n pasport antarabang­sa miliknya.

Suami pemilik bersama

Beliau ditahan Isnin lalu atas tuduhan mengedar atau membantu pengedaran video seks termasuk oleh pelakon bawah umur.

Suaminya dan satu pasangan lain, dipercayai pemilik bersama laman web itu yang memiliki kerakyatan Australia atau memegang status penduduk tetap masih berada di luar negara.

Didakwa rogol

Mereka dituduh bersubahat dalam aktiviti haram ahli Soranet yang berkongsi rakaman rahsia video wanita di tandas awam, bilik darjah, bilik menukar pakaian, kereta api bawah tanah dan beberapa premis awam lain.

Sebilangan ahli juga turut didakwa melakukan rogol beramai-ramai termasuk ke atas mangsa di bawah umur dan menyebarka­n rakaman video berkenaan di internet. AFP

 ?? [FOTO HIASAN] ??
[FOTO HIASAN]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia