Berita Harian

Ying Ying tekad singkir Sindhu

Jin Wei pula bakal berdepan cabaran pemain Korea Selatan

- Oleh Fabian Peter

Perseorang­an wanita negara, Lee Ying Ying tekad memberikan cabaran sengit kepada pemenang perak Olimpik, PV Sindhu pada pertemuan pusingan kedua Terbuka Malaysia, hari ini.

Ying Ying, 20, mengesahka­n tempat ke pusingan kedua selepas menewaskan pemain Taiwan, Chiang Ying Li 21-14, 19-21, 21-7 dalam aksi pusingan pertama di Arena Axiata Bukit Jalil, semalam.

“Saya gembira prestasi saya hari ini (semalam) kerana ketika ini saya secara perlahan dalam proses mengubah corak permainan.

“Pada awalnya, agak sukar untuk saya kerana tidak dapat menyesuaik­an diri dan akibatnya saya gagal menjalani latihan dengan baik. Hanya beberapa hari lalu saya dapat menyesuaik­an diri dengan corak permainan baharu yang diterapkan jurulatih.

“Sebelum ini corak permainan saya lebih kepada bertahan tetapi sekarang secara perlahan saya cuba untuk tampil dengan permainan menyerang,” kata Ying Ying yang gagal melepasi pusingan kelayakan pada Terbuka Malaysia 2016 di Shah Alam.

Turut beraksi di pusingan kedua hari ini ialah Goh Jin Wei yang akan menentang pemain Korea Selatan, Sung Ji Hyun.

Bagaimanap­un, pemain perseorang­an wanita nombor satu negara, Sonia Cheah terpaksa akur apabila tewas di tangan pemain nombor satu dunia, Tai Tzu Ying dari Taiwan 10-21, 9-21.

Keputusan

Perseorang­an Wanita

→ Tai Tzu Ying (TPE) mn Soniia Cheah (MAS) 21-10, 21-9; Pusarla V.sindhu (IND) mn Aya Ohori (JPN) 26-24, 21-15; Lee Ying Ying (MAS) mn Chinag Ying Li (TPE) 21-14, 19-21 21-7; Carolina Marin (SPA) mn Gregoria Mariska Tunjung (INA) 21-4, 18-21, 21-8;Cheung Ngan Yi (HKG) mn Kristy Gilmour (SCO) 21-10, 21-16

Perseorang­an Lelaki

→ Wang Tzu Wei (TPE) mn Sai Praneeth Sai (IND) 21-12, 21-7; Jonathan Christie (INA) mn Liew Daren (MAS) 21-18, 21-17; Kento Momota (JPN) mn Anthony Sinisuka Ginting (INA) 17-21, 21-17, 21-14; Ng Ka Long Angus (HKG) mn Kanta Tsuneyama (JPN) 21-17, 21-13; Brice Leverdez (FRA) mn Hans-kristian Vittinghus (DEN) 21-16, 11-21, 16-21;

Beregu Lelaki

→ Mohammad Ahsan-hendra Setiawan (INA) mn Lee Chun Man-tan Chun Man (HKG) 21-17, 21-17; Marcus Fernaldi Gideon-kevin Sanjaya Sukamuljo (INA) mn lu Ching Yao-yang Po Han (TPE) 21-16, 21-17;

→ Huang Kaixiang-wang Yilyu (CHN) mn [5] Mads Conrad Petersen-mads Pieler Kolding (DEN) 21-13, 21-12; → Takuto Inoue-yuki Kaneko (JPN) mn Satwiksair­aj Rankireddy-chirag Shetty (IND) 21-16, 21-15;

Beregu Wanita

→ Chang Ye Na-jung Kyung Eun (KOR) mn Chayanit Chaladchal­am-phatalmas Muenwong (THA) 21-16, 21-7; → Malken Fruergraar­d-sara Thygesen (DEN) mn Alexandra Boje (DEN)-GROnya Somerville (AUS) 21-11, 21-18; → Kim Hye Rin-kong Hee Yong (KOR) mn Goh Yea Ching-tee Jing Yi (MAS) 21-19, 21-18;

→ Mayu Matsumoto-wakana Nagahara (JPN) mn Lim Jee Lynn-yap Zhen (MAS) 21-12, 21-16;

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia