Berita Harian

Maradona rai jaringan sampai sakit

Terpaksa terima rawatan darah tinggi selepas Argentina atasi Nigeria

-

Anggota paramedik terpaksa memberi rawatan kecemasan kepada legenda Argentina, Diego Maradona selepas dilihat mengalami masalah kesihatan secara tibatiba sejurus meraikan gol kedua negaranya ketika bertemu Nigeria, kelmarin.

Maradona, 57, sering dilihat beremosi di sepanjang perlawanan di di sini, apatah lagi Argentina perlu menang untuk terus kekal.

Apabila Marcos Rojo menjaringk­an gol kemenangan pada minit ke-86, Maradona dilihat bersandar di dinding tempat duduk VIP sambil memberikan tabik hormat sebelum menjerit meraikanny­a.

Rakaman video selepas itu menunjukka­n bekas pemenang Piala Dunia 1986 itu tidak sihat dan sukar berjalan hingga menyebabka­n terpaksa dipapah beberapa individu lain untuk ke bilik rehat VIP.

Beberapa jurugambar sempat merakamkan dua anggota paramedik beruniform tampil merawat Maradona dengan salah seorang daripada mereka mengambil bacaan tekanan nadinya.

Media Argentina melaporkan, Maradona mengalami gangguan tekanan darah.

Akhbar Argentina, Ole pula menyebut Maradona sudah boleh berjalan pulang ke hotel penginapan­nya.

Maradona pernah mengalami beberapa siri masalah kesihatan termasuk ketagihan kokain. Pada 2007, beliau dilaporkan hampir meninggal dunia.

‘Bahan jenaka’

Sementara itu, legenda England, Gary Lineker menggelark­an Maradona sebagai ‘bahan jenaka’ apabila dirakam televisyen menunjuk dua jari tengah ketika meraikan gol kemenangan Rojo yang mengesahka­n kelayakan mereka.

Ini bukan kali pertama Maradona mencetuska­n kontrovers­i sewaktu Piala Dunia.

Selepas Rojo menjaringk­an gol, penyiar utama kejohanan itu menunjukka­n reaksi Maradona bersandar di balkoni di Stadium St Petersburg sambil menunjukka­n dua jari tengah.

“Itu dia, Diego Maradona sedang meraikan gol.

“Saya fikir dia akan menjadi tumpuan media dengan meraikanny­a seperti itu tetapi saya bimbang dia hanya akan menjadi bahan jenaka.

“Dia sungguh mengecewa- kan dengan meraikanny­a seperti itu. Anda faham betapa dia sungguh gembira tetapi reaksi seperti itu... Biar betul, Diego?,” kata Lineker.

 ??  ?? Maradona diberi rawatan kecemasan oleh paramedik selepas mengalami masalah kesihatan.
Maradona diberi rawatan kecemasan oleh paramedik selepas mengalami masalah kesihatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia