Berita Harian

Pengulas TV meninggal selepas Mesir tewas

-

Kaherah: Seorang pengulas televisyen Mesir meninggal dunia akibat serangan jantung selepas negaranya tewas saat akhir kepada Arab Saudi pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan, Isnin lalu.

Abdel Rahim Mohamed, pengulas disegani dan juga bekas jurulatih kelab utama negara itu ‘sungguh beremosi’ ketika perlawanan mendebarka­n membabitka­n Mesir dalam Kumpulan A yang berakhir dengan kemenangan Arab Saudi 2-1.

Egypt Today melaporkan Abdel Rahim begitu terkesan dengan ‘aksi buruk pasukan kebangsaan’ pada perlawanan itu.

Serangan jantung

Pada akhir perlawanan, beliau sepatutnya membuat analisis perlawanan secara langsung tetapi mengalami serangan jantung dan dibawa ke pusat perubatan di stesen televisyen berkenaan sebelum dikejarkan ke hospital.

Doktor cuba menyelamat­kan- nya dalam tempoh lebih 30 minit sebelum beliau disahkan meninggal dunia.

Sebelum kejohanan itu Mesir dikatakan mempunyai peluang cerah mara ke kalah mati, terutamany­a dengan prestasi menakjubka­n penyerang hebat, Mohamed Salah.

Bagaimanap­un keputusan Isnin lalu gagal menghadirk­an sebarang mata daripada tiga perlawanan dan Mesir menduduki tangga tercorot kumpulan.

Abdel Rahim yang sebelum ini mengendali­kan kelab utama Mesir, Zamalek, menjadi penyumbang tetap untuk Nile Sports Channel dan dilihat mempunyai pandangan berpengaru­h terhadap bola sepak Mesir.

El Watan News melaporkan bahawa Ahmed Fawzi, bekas penjaga gol Mesir berada di studio berkenaan dan berkata Abdel Rahim kelihatan ‘keletihan’ dan ‘terkesan’ dengan kekalahan skuad itu.

 ??  ?? Abdel Rahim Mohamed
Abdel Rahim Mohamed

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia