Berita Harian

Croatia mampu ikut jejak ‘kelas 98’

-

Sochi: Selepas mengharung­i aksi peringkat kumpulan paling getir di Russia, Croatia tampak pada landasan mengikut jejak ‘kelas 98’ yang tewas pada separuh akhir Piala Dunia 1998 kepada juara, Perancis.

Kemenangan 2-1 ke atas Iceland, kelmarin, mengikuti kejayaan ke atas Nigeria dan Argentina, mengesahka­n kedudukan pasukan itu selaku juara Kumpulan D serta tiket ke peringkat 16 terbaik.

Croatia kini boleh bermimpi untuk mencatatka­n keputusan lebih baik daripada tempat ketiga yang diraih pada 1998, yang juga penampilan sulung mereka di Piala Dunia sebagai negara bebas.

“Kami perlu mempercaya­i kualiti kami. Kami menghormat­i semua lawan kami tetapi kami tidak mengatakan yang sesiapapun lebih baik berbanding kami,” kata jurulatih, Zlatko Dalic.

Menang tiga perlawanan

Setakat ini, hanya Uruguay dan Croatia melangkah ke pusingan kalah mati dengan memenangi ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan.

Begitupun, kejayaan Croatia tidak begitu mengejutka­n dengan kekuatan mereka hadir daripada bahagian tengah yang dijana pemain tengah Barcelona, Ivan Rakitic dan bintang Real Madrid, Luka Modric.

Begitupun, kedua-duanya sudah mencecah usia 30-an dan mungkin aksi di Russia penampilan terakhir mereka di Piala Dunia.

Modric menjadi salah seorang pemain paling mendapat pujian di kejohanan ini setakat ini terutama selepas kemenangan besar 3-0 Croatia ke atas naib juara 2014, Argentina.

Lawan Croatia pada peringkat berikutnya ialah Denmark dengan kemenangan akan membawa kepada aksi bertemu tuan rumah, Russia atau Sepanyol pada peringkat suku akhir.

 ?? [ FOTO EPA-EFE ] ?? Ivan Perisic (kanan) meraikan gol kemenangan bersama Milan Badelj (kiri) ketika Croatia menewaskan Iceland, kelmarin. Badelj menjaringk­an gol pertama pasukannya.
[ FOTO EPA-EFE ] Ivan Perisic (kanan) meraikan gol kemenangan bersama Milan Badelj (kiri) ketika Croatia menewaskan Iceland, kelmarin. Badelj menjaringk­an gol pertama pasukannya.
 ??  ?? Zlatko Dalic
Zlatko Dalic

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia