Berita Harian

Kane tetap perkuat England

Southgate sedia beri tempat jumpa Belgium buru kasut emas

-

Gareth Southgate bersedia memberi Harry Kane peluang mengorak langkah ke hadapan dalam perebutan kasut emas dengan menurunkan­nya untuk aksi berdepan Belgium, awal pagi esok, waktu Malaysia.

Pengurus England itu akan membuat rombakan ke atas pasukan yang membelasah Panama 6-1 dan mengakui akan mengetepik­an Kane sekiranya ia membawa manfaat buat mereka untuk pertembung­an 16 terakhir.

Bagaimanap­un, Southgate mungkin terpaksa melupakan niat terbabit kerana memahami impian penyerang prolifik itu untuk menggondol anugerah penjaring terbanyak di Piala Dunia.

“Sebagai pengurus anda perlu memikirkan keseluruha­n skuad dan kemudianny­a baru memikirkan soal individu dan situasi dialami mereka,” kata Southgate.

“Itulah keseimbang­an paling kompleks buat mana-mana perniagaan yang mana anda perlu menguruska­n manusia. Tetapi saya percaya kami mempunyai jawapan terbaik buatnya.

Lima gol

“Dia (Kane) adalah kapten dan tahu pasukan menjadi keutamaan. Dia mahu menyumbang sesuatu kepada pasukan dan sudah tentu sedar tidak guna jika dia menjaringk­an gol tetapi pasukan gagal mencatat kemenangan.”

Southgate mengakui kehebatan penyudah Kane yang mampu menawarkan peluang lebih cerah buat Three Lions memenangi perlawanan bertemu Belgium sekali gus menamatkan saingan kumpulan di tangga teratas.

Penyerang berusia 24 tahun itu kini mendahului senarai penjaring dengan lima gol, di depan bintang Portugal Cristiano Ronaldo dan Romelu Lukaku (Belgium) yang masing-masing berkongsi empat gol.

Namun dengan Portugal sudah menamatkan aksi kumpulan dan Lukaku dijangka terlepas pertembung­an itu akibat masalah kecederaan, Kane berpeluang untuk menjarakka­n kedudukan.

Rakan sepasukann­ya di Tottenham, Danny Rose dijangka turut diturunkan selepas masuk sebagai pemain gantian pada pertemuan berdepan Panama.

 ??  ?? Kane (kiri) gigih menjalani latihan bersama rakan sepasukan bagi memantapka­n lagi skuad England.
Kane (kiri) gigih menjalani latihan bersama rakan sepasukan bagi memantapka­n lagi skuad England.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia