Berita Harian

Jepun mampu cipta sejarah

Nishino miliki ramuan atasi Poland untuk mara kekalahmat­i

-

Nishino miliki ramuan atasi Poland untuk mara ke kalah mati. Akira Nishino sedar banyak cara untuk pasukan kendaliann­ya, Jepun mara ke peringkat kalah mati Piala Dunia buat kali ketiga dalam lima edisi terakhir.

Namun, cara terbaik adalah dengan menewaskan pasukan yang sudah tersingkir Poland, jam 10 malam ini waktu Malaysia untuk menutup kempen di persada Kumpulan H.

“Kami masih memburu kedudukan teratas kumpulan.”

Selepas terikat 2-2 pada Ahad lalu, Jepun dan Senegal berkongsi kedudukan selaku pendahulu dengan empat mata serta jumlah gol sama.

Malah, Jepun yang muncul selaku pasukan ranking terendah selain skuad paling berusia, tiada alasan untuk kalah kali ini, selepas muncul pasukan pertama Asia menang ke atas pasukan Amerika Selatan apabila menundukka­n Colombia 2-1 pada aksi pembukaan.

Percaturan berani

Jika mara, Nishino wajar diangkat sebagai wira negara matahari terbit itu selepas hanya dua bulan mengambil alih pasukan daripada Vahid Halilhodzi­c yang dipecat, berikutan keputusan hambar dan pergolakan hubungan dengan pemain senior.

Segala percaturan berani Persatuan bola Sepak Jepun turut membuahkan hasil dengan Nishino berjaya melenyapka­n semua kritikan menerusi persembaha­n pantas Jepun yang kekal tanpa kalah dalam Kumpulan H.

Malah, jika tidak kerana beliau, mungkin kelibat bekas penyerang AC Milan, Keisuke Honda tidak akan berada di Russia selepas bertelingk­ah dengan Halilhodzi­c.

Honda yang muncul penyelamat apabila menjaringk­an gol penyamaan ketika Jepun terikat dengan Senegal kini beraksi di Liga Mexico bersama Pachuca.

AGENSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia