Berita Harian

Mane sandaran Senegal ketepi Colombia

-

Russia: Senegal perlu mengurangk­an kesilapan pertahanan dan mencari jalan untuk Sadio Mane menemui prestasi seperti di Liverpool sekiranya berhasrat menjinakka­n Colombia, jam 10 malam esok waktu Malaysia dan mara ke pusingan kalah mati.

Pengendali­nya, Aliou Cisse tampil mengkritik pasukan yang memiliki kepantasan itu selepas terikat 2-2 dengan Jepun, Ahad lalu dengan mengatakan pencabar mereka itu lebih kuat selain menuntut persembaha­n terbaik daripada Mane.

“Secara jujurnya, kami tidak begitu bagus,” rumus Cisse, bekas kapten Senegal yang mara ke suku akhir 2002, penampilan terakhir mereka di Piala Dunia.

Cisse kurang senang dengan cara barisan pemainnya melepaskan dua gol ketika bertemu Jepun di Yekaterinb­urg.

Menuju ke perlawanan terakhir Kumpulan H, Jepun dan Senegal berkongsi empat mata, Colombia (tiga mata) dan Poland yang sudah tersingkir dan masih belum memungut mata.

Ia bermakna keputusan seri sudah memadai buat Senegal dengan Belgium serta England menunggu dua pasukan terbaik Kumpulan H.

Harapan tinggi

Senegal bagaimanap­un tampil dengan aksi kurang meyakinkan ketika berdepan Jepun dan meskipun Mane membuka tirai jaringan tetapi ia boleh dianggap sebagai bernasib baik.

“Pemain seperti Sadio Mane adalah pemain yang diletakkan harapan tinggi dan muncul antara pemain yang diberi tumpuan,” kata Cisse.

Sementara itu, pemain sayap Colombia, Juan Cuadrado menyifatka­n aksi terakhir menentang Senegal sebagai pertembung­an getir apatah lagi dengan kepantasan dan kemahiran teknikal dimiliki skuad Afrika itu.

“Kami perlu berhati-hati kerana mereka adalah sebuah pasukan yang hebat. Bukan saja kuat berlari tetapi juga bagus secara teknikal,” katanya.

Cuadrado bagaimanap­un belum mendapat bayangan kesebelasa­n utama yang bakal digunakan pengendali­nya Jose Pekerman untuk aksi berdepan Senegal. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia