Berita Harian

Nigeria terkejut tersingkir saat akhir

-

Russia: Nigeria terpaksa membayar harga yang tinggi apabila skuad kurang berpengala­man mereka tersingkir daripada saingan Piala Dunia di tangan Argentina kelmarin.

Namun kekalahan di sini itu memberikan pengalaman cukup berguna, kata jurulatih, Gernot Rohr.

Nigeria yang membariska­n pasukan termuda dalam kejohanan, turun dengan sasaran tidak tewas untuk layak ke pusingan kalah mati tetapi jaringan lewat Marcos Rojo memberikan kemenangan 2-1 kepada Argentina.

“Ia sesuatu yang mengejutka­n,” kata Rohr kepada wartawan. “Pasukan saya sudah memberikan yang terbaik. Mereka mengharung­i babak kedua dengan cemerlang dan sudah terlalu hampir untuk ke pusingan kedua. Perlawanan seperti ini akan mematangka­n pasukan.

“Di hujung permainan, Argentina memberikan tekanan. Mereka memiliki barisan bintang. Ini adalah kejohanan tahap tinggi dan kami belum bersedia untuk itu. Ia juga soal tuah dan kami tidak memiliki faktor itu hari ini.”

Nigeria ketinggala­n menerusi jaringan Lionel Messi yang meledak gol pertamanya di Russia dan juga menjadi jaringan ke-100 kejohanan tetapi skuad Afrika berkenaan bangkit menyamakan kedudukan menerusi penalti ketika babak kedua berusia enam minit.

Mereka hampir menghantar pulang skuad Amerika Selatan itu tetapi kegagalan memberikan tumpuan di hujung permainan menyaksika­n pertahanan Manchester United, Rojo menjaringk­an gol selepas menerima hantaran lintang Gabriel Mercado pada minit ke-86 sekali gus membolehka­n Argentina muncul pemenang.

Pasukan muda

“Apa yang berlaku sudah berlaku. Ia tidak mengikut kehendak kami,” kata kapten Nigeria, Jon Obi Mikel. “Pasukan kami masih muda dan dalam tempoh empat tahun lagi, mereka pasti sudah bersedia untuk pertanding­an seperti ini.

“Kami memiliki barisan pemain yang sedia untuk me- ningkatkan kemampuan masingmasi­ng... ia petanda positif buat bola sepak Nigeria.”

Rohr percaya pemain Nigeria yang hampir ke pusingan kalah mati itu akan menunjukka­n kematangan mereka pada edisi selepas ini.

“Kami memiliki pemain muda yang tidak berpengala­man tetapi dalam tempoh empat tahun lagi, kami pasti lebih kuat,” katanya. “Saya gembira andai diberi peluang untuk terus bersama pasukan ini kerana saya yakin dengan mereka.

“Pasukan ini mempunyai disiplin yang baik. Kami hanya kekurangan pengalaman dan melepaskan gol pada hujung perlawanan tetapi itu adalah proses pembelajar­an.” REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia