Berita Harian

BURU KASUT EMAS

Southgate bakal turunkan Kane jumpa Belgium

-

Russia: Pertahanan Panama, Felipe Baloy mempunyai satu lagi misi sebelum menamatkan karier pada peringkat antarabang­sa pada usia 37 tahun.

Selepas menjaringk­an gol pertama negaranya di pentas sulung Piala Dunia, Baloy mahu Panama merasai nikmat kemenangan di kejohanan bola sepak paling berprestij ini.

Halangan mereka adalah Tunisia, yang masih lagi mencari kemenangan pertama di Piala Dunia sejak 1978 apabila keduadua pasukan beraksi dalam saingan Kumpulan G, awal pagi esok waktu Malaysia.

“Apabila tiba di Piala Dunia, kami tahu akan menghadapi tiga perlawanan sukar menentang Belgium, England dan Tunisia.

“Kami sedar dua perlawanan awal sangat sukar. Pada aksi terakhir menentang England, kami tidak berjaya mencatat kemenangan tetapi kami berjaya meledak gol pertama.

“Ini tidak bermakna kami akan menewaskan Tunisia tetapi kami harap kemenangan untuk dihadiahka­n kepada rakyat Panama. Jadi mereka boleh meraikan dan berbangga dengan kami,” kata Baloy.

Setakat ini, Tunisia dilihat lebih kompetitif berbanding Panama, malah England memerlukan gol pada minit terakhir untuk mengalahka­n mereka 2-1.

Walaupun ketinggala­n beberapa gol awal ketika menentang Belgium, Tunisia berjaya bangkit dengan membalas dua gol sebelum tumpas 2-5.

Tiga gol mereka sekarang ini dijaringka­n pemain tengah Ferjani Sassi; pertahanan, Dylan Bronn dan penyerang Renne, Wahbi Khazri.

Baloy menganggap Khazri adalah seorang pemain berbakat dan mereka tidak boleh terlalu yakin serta memandang mudah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia