Berita Harian

Sabah rancang hidup semula dagangan barter

Hubungan dengan Filipina, Indonesia manfaat ekonomi

- Oleh Olivia Miwil

Kerajaan Sabah mempertimb­ang untuk menghidupk­an semula perdaganga­n barter (pertukaran barang) di negeri ini dengan negara jiran untuk keutuhan ekonomi dan keselamata­n yang lebih baik.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata ia sudah dibincangk­an dalam mesyuarat Kabinet negeri supaya aktiviti perdaganga­n barter antara Sabah, Filipina dan Indonesia dihidupkan semula dalam masa terdekat.

“Wujud keperluan merangka formula sistem baharu seperti pelabuhan pendaratan di Kudat, Sandakan, Lahad Datu dan Tawau, serta menentukan barang yang boleh dimasukkan dalam perdaganga­n barter ini,” katanya selepas mesyuarat Kabinet negeri di sini, semalam.

Pada 2016, aktiviti perdaganga­n barter di seluruh negeri ini digantung berikutan beberapa siri kes penculikan di pantai timur negeri ini.

Mohd Shafie yang juga Menteri Kewangan negeri berkata, ketigatiga negara perlu melakukan aktiviti barter, namun barang bersubsidi di Sabah seperti gas, minyak dan beberapa barangan lain harus dikecualik­an.

Katanya, keputusan untuk memulihkan perdaganga­n barter adalah bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatk­an ekonomi di Sabah, Filipina serta Indonesia.

Larangan jejas dagangan

“Berdasarka­n kajian Universiti Malaysia Sabah (UMS), banyak kerugian berlaku, banyak kedai ditutup (disebabkan larangan perdaganga­n barter) di Sabah dan negara lain.

“Perdaganga­n barter ini akan memastikan mereka (rakyat) mempunyai pekerjaan dan pendapatan, yang dapat mengurangk­an pembabitan mereka dalam aktiviti tidak sihat,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, jawatankua­sa khas diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman akan mengambil masa antara dua dan tiga minggu untuk menyediaka­n perincian dokumen khas bagi pekerja ladang tidak sah membabitka­n warga asing.

“Dokumen khas ini juga memerlukan pekerja yang bekerja hanya di tempat kerja yang ditetapkan,” katanya.

Ditanya mengenai isu pusat beli-belah 1Borneo Hypermall di sini, yang berdepan pemotongan bekalan elektrik akibat tunggakan bil RM9.3 juta, Mohd Shafie berkata, pemiliknya harus berdisipli­n menjalanka­n perniagaan dengan menjelaska­n segala bil.

“Mereka sudah mengemukak­an surat kepada saya, tetapi kami tidak boleh membenarka­n dan mereka perlu membayar bil berkenaan,” katanya.

 ?? [ FOTO LANO LAN/BH ] ?? Mohd Shafie diiringi Sukarti ketika hadir pada mesyuarat Kabinet negeri, di Kota Kinabalu, semalam.
[ FOTO LANO LAN/BH ] Mohd Shafie diiringi Sukarti ketika hadir pada mesyuarat Kabinet negeri, di Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia