Berita Harian

Intervensi awal bantu kanak-kanak istimewa

-

Petra Jaya: Program Intervensi Awal (EIP) terhadap setiap kanakkanak yang dikesan mengalami kurang upaya dari segi fizikal dan juga intelektua­l diyakini mampu meningkatk­an kualiti hidup golongan itu.

Program khusus untuk anak istimewa itu merangkumi penyediaan pendidikan dan pelbagai jenis terapi yang diperlukan bagi membantu pemulihan, selain dapat membantu ibu bapa mengambil langkah awal kepada keadaan fizikal anak mereka pada masa depan.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, berkata inisiatif itu bagi memastikan kanak-kanak istimewa itu mendapat pemulihan yang sewajarnya agar dapat menjalani kehidupan yang lebih baik.

“Hanya intervensi awal yang terbaik untuk kanak-kanak kurang upaya dari segi fizikal mahupun intelektua­l, untuk memulihkan mereka dengan pembanguna­n kognitif,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Pertubuhan Ibu Bapa Kanakkanak Keperluan Istimewa Sarawak (PIBAKAT) di Wisma Baitulmakm­ur di sini kelmarin.

Sokong usaha PIBAKAT

Dalam pada itu, Fatimah menyatakan sokonganny­a terhadap usaha PIBAKAT mengendali­kan semula EIP bagi kanak-kanak keperluan khas dari seawal usia sehingga enam tahun di premisnya, Jalan Ong Tiang Swee, Kuching.

Beliau berkata, program itu memberi manfaat kepada begitu ramai kanak-kanak sejak ia mula dijalankan pada 25 tahun lalu.

“Saya yakin dengan pengalaman dan kepakaran yang dimiliki PIBAKAT akan dapat membantu lebih ramai lagi kanak-kanak memerlukan intervensi ini,” katanya.

Sementara itu, Presiden PIBAKAT, Zaidi Ahmad, berkata ketika ini masih ramai kanakkanak kurang upaya dari segi fizikal dan intelektua­l yang tidak menerima intervensi awal.

“Ramai lagi kanak-kanak keperluan khas di negeri ini yang memerlukan intervensi yang mana dalam senarai kami sahaja ada 80 orang. Belum lagi dikira kanak-kanak yang tidak dikesan,” katanya.

Hanya intervensi awal yang terbaik untuk kanak-kanak kurang upaya dari segi fizikal mahupun intelektua­l, untuk memulihkan mereka dengan pembanguna­n kognitif” Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-kanak Sarawak

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia