Berita Harian

UNIFOR agih RM15.87J kepada 206 NGO

Sebahagian daripada RM20J peruntukan kerajaan negeri bagi biayai program kemasyarak­atan

- Oleh Mohd Latif Ahmad

Unit Hal Ehwal Agama (UNIFOR) Sarawak mengagihka­n RM15.87 juta kepada 206 penerima membabitka­n badan bukan kerajaan (NGO), termasuk pertubuhan lain-lain agama di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata ia sebahagian daripada RM20 juta peruntukan kerajaan negeri kepada UNIFOR bagi tahun ini bagi membiayai aktiviti mereka, khususnya program kemasyarak­atan.

Fasa kedua

“Baki peruntukan bagi tahun ini diagihkan kepada badan mewakili agama lain dalam fasa kedua tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan dana berkenaan kepada Pertubuhan Keuskupan Anglikan Kuching dan Persatuan Kuil Sikh Sarawak (SSTA) di sini, semalam.

Yang turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Jaul Samion dan Pengarah UNIFOR, Datuk Dr Ngenang Janggu.

Unggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Sarawak, berkata sebanyak RM500,000 diperuntuk­kan bagi membina St Thomas House of Epiphany, manakala RM200,000 lagi untuk SSTA bagi membantu persatuan itu menyediaka­n tapak krematoriu­m dicadangka­n.

Beliau berkata, tahun lalu, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg mengumumka­n peruntukan RM15 juta untuk UNIFOR.

Bina rumah ibadat

Katanya, peruntukan itu untuk membantu penganut agama lain selain Islam seperti Kristian, Buddha, Hindu, Sink dan Bahai untuk membina rumah ibadat masingmasi­ng di negeri ini.

“Sepanjang tahun lalu, kerajaan negeri meluluskan peruntukan RM15 juta untuk UNIFOR dan ia memberi manfaat kepada 77 penerima,” katanya.

 ?? [FOTO MOHD LATIF AHMAD/BH] ?? Uggah (tengah) pada majlis penyerahan dana di Kuching, semalam.
[FOTO MOHD LATIF AHMAD/BH] Uggah (tengah) pada majlis penyerahan dana di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia