Berita Harian

Operator kena peka sensitivit­i masyarakat tempatan

-

Kota Kinabalu: Persatuan Pelanconga­n Sabah (STA) mengambil inisiatif menasihatk­an operator pelanconga­n di negeri ini agar memberi penerangan terperinci berkaitan sensitivit­i masyarakat tempatan kepada pelancong jagaan mereka.

Presidenny­a, Tony Chew berkata, ini juga bagi memastikan pemandu pelancong sentiasa peka dengan tingkah laku pelancong di bawah jagaan masing-masing, sekali gus mengelak sebarang insiden yang menimbulka­n kurang senang masyarakat.

Beliau berkata, ia susulan aksi tidak senonoh dua wanita berpakaian seksi dipercayai pelancong asing yang menari ala ‘k-pop’ di atas pagar tembok Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (MBR) di Likas, baru-baru ini.

Katanya, pihaknya kesal mengenai kejadian itu namun percaya dua pelancong wanita berkenaan tidak mempunyai niat buruk, namun hanya kurang sensitif mengenai budaya masyarakat tempatan, terutama ketika berada di kawasan rumah ibadat.

“Semua pihak perlu mengambil pendekatan dan langkah pencegahan yang betul untuk memastikan perkara sama tidak berulang.

“Kita juga akan mengadakan perjumpaan dengan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan pelanconga­n dalam masa terdekat bagi membincang­kan masalah berkaitan pelancong di negeri ini,” katanya kepada NSTP.

Adakan perjumpaan

Mengulas lanjut, Chew berkata, pihak pengurusan MBR juga sudah menghubung­inya bagi mengadakan perjumpaan dijangka diadakan minggu ini untuk mencari penyelesai­an berkaitan isu itu.

Mengulas tindakan MBR melarang lawatan pelancong ke kawasan masjid, Chew beranggapa­n pi- hak masjid membuat keputusan yang sesuai untuk melindungi kepentinga­n tempat beribadat bagi umat Islam.

Beliau berharap larangan itu tidak lama dan akan ditarik balik selepas langkah pencegahan ditetapkan kerana MBR antara destinasi pelanconga­n ikonik paling indah bagi pelancong asing untuk dikunjungi di bandar raya ini.

“Selain itu, kita juga tidak mahu peniaga dalam kawasan masjid yang mencari rezeki berdasarka­n kunjungan pelancong mengalami kerugian jika MBR ditutup untuk lawatan pelancong bagi jangka masa lama,” katanya.

 ??  ?? Tony Chew
Tony Chew

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia