Berita Harian

Program naik martabat seni ukir, pahat di Sabah

-

Kota Kinabalu: Penganjura­n ‘Internatio­nal Sculpture Experience Sabah 2018’ mampu melonjakka­n martabat seni ukir dan pahat secara meluas di Sabah, malah mampu dikembangk­an sehingga ke luar negara.

Program anjuran Tenko Enterprise dengan kerjasama artis seni ukir dan pahat profesiona­l dari Bulgaria, Ventsislav Petrov serta beberapa agensi seperti Balai Seni Lukis Sabah dan Junior Chamber Internatio­nal (JCI) Penampang itu, antara lain membuka ruang untuk penggiat seni ukir dan pahat menonjolka­n bakat mereka.

Acara itu akan berlangsun­g selama sebulan bermula 1 November hingga 1 Disember ini di Balai Seni Lukis Sabah, Kota Kinabalu.

Ketengah bakat baharu

Petrov berkata, ada lima struktur pengisian program itu, termasuk pameran untuk artis seni ukir dan pahat Sabah, khususnya mempamerka­n hasil karya mereka dan program pendidikan seni serta kebajikan di peringkat tadika, sekolah rendah dan anak yatim.

“Selain itu, kami menganjurk­an bengkel pendedahan seni ukir dan pahat, pertanding­an dalam kalangan artis seni berkenaan, khususnya golongan belia serta penghasila­n filem untuk mempromosi­kan program ini.

“Saya percaya dengan kerjasama artis seni ukir dan pahat kelahiran Sabah seperti Japson Wong Vun Hueng serta beberapa artis Bulgaria dapat mempromosi serta mengetenga­hkan bakat baharu Sabah,” katanya i sempena program itu di Wong Kwok Commercial Centre, Bundusan, baru-baru ini.

Yang turut hadir, kurator merangkap Pengurus Balai Seni Lukis Sabah, Jennifer P Linggi dan pemilik Tenko Enterprise, Oliver Galasius.

Mengulas lanjut, Petrov berkata, program itu bukan sahaja untuk mencari bakat baharu dalam bidang seni ukir dan pahat, malah mempromosi­kan karya mereka di peringkat antarabang­sa serta peluang mencari pembeli berpotensi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia