Berita Harian

Hypermall mula ‘berpanas’

SESB mula proses pemotongan bekalan elektrik pagi semalam

- Oleh Mohd Nazllie Zainul

Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) memulakan proses pemotongan bekalan elektrik membabitka­n bangunan 1Borneo Hypermall (1Borneo) dekat sini, pagi semalam.

Bagaimanap­un, pemotongan hanya membabitka­n bahagian penyaman udara, manakala bekalan elektrik membabitka­n lampu dan tangga bergerak beroperasi seperti biasa.

Tinjauan mendapati, penyaman udara pusat beli-belah terkemuka itu masih berfungsi, namun kurang sejuk, manakala beberapa pacuan empat roda milik SESB diletakkan berhampira­n kawasan suis utama bekalan elektrik 1Borneo bersama kira-kira 30 petugas.

Isnin lalu, SESB menerusi kenyataan berkata, pihaknya akan melakukan pemotongan bekalan elektrik di bangunan 1Borneo Hypermall semalam, jika pihak pengurusan masih gagal membayar tunggakan hutang utiliti sejak setahun lalu yang mencecah RM9.3 juta.

Sementara itu, peniaga dan pengusaha premis di pusat belibelah itu mengakui belum menerima notis pemberitah­uan mengenai pemotongan bekalan elektrik.

Dapat maklumat melalui FB

Peniaga tudung, Norazayni Muhd Ali, 20, berkata dia hanya tahu mengenai pemotongan itu selepas melihat maklumat mengenainy­a di Facebook, Isnin lalu.

“Pada mulanya saya bimbang kerana pemotongan elektrik itu pasti menjejaska­n peniaga atau pekerja yang mencari rezeki di bangunan ini, namun selepas bertanya kepada pihak berkaitan, kami dimaklumka­n boleh membuka kiosk seperti biasa selagi tidak menerima notis pemberitah­uan.

“Kami membayar bil elektrik secara tetap sebanyak RM371 setiap bulan kepada pihak pengurusan. Setakat ini, saya tidak pula dengar sebarang masalah dihadapi pengurusan sehinggala­h berita ini tersebar,” katanya.

Pengusaha kafe, Roshli Ajis, 35, berkata sekiranya pemotongan terbabit dilaksanak­an, kafe miliknya pasti antara premis yang terjejas.

Semalam, Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Azis Jamman menggesa SESB mempertimb­angkan semula keputusan untuk memotong bekalan elektrik di 1Borneo Hypermall demi kepentinga­n pekerja di pusat belibelah itu dan sedia menjadi perantara dalam mencari penyelesai­an berhubung permasalah­an itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia