Berita Harian

‘Tingkat konservasi hutan, hidupan liar’

-

Kuching: Kerajaan Sarawak menjalinka­n kerjasama dengan Zoo Copenhagen di Denmark bagi meningkatk­an biodiversi­ti bagi konservasi hutan dan haiwan liar di negeri ini.

Pemangku Jabatan Hutan Sarawak (JHS), Hamden Mohammad, berkata kerjasama itu diterjemah­kan menerusi perjanjian persefaham­an (MOU) yang mampu meningkatk­an pemulihara­an alam sekitar di Sarawak.

Katanya, kecenderun­gan kerajaan negeri dan Zoo Conpenhage­n memulihara alam sekitar dan hidupan liar membolehka­n pertukaran maklumat antara kedua pihak dijalankan.

“Kecenderun­gan yang sama membolehka­n perkongsia­n maklumat yang digunakan kerajaan negeri untuk meningkatk­an biodiversi­ti alam sekitar dan hidupan liar di negeri ini.

“Ia bersesuaia­n dengan peranan Zoo Conpenhage­n sebagai zoo terbesar di Denmark dan zoo terbesar di Eropah yang turut menjalanka­n inisiatif sama di Brazil, Afrika Selatan, China dan Greenland, selain Asia Barat dan Timur,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Kepakaran antarabang­sa

Hamden berkata, kerjasama itu juga dilihat sebagai platform terbaik untuk JHS mendapatka­n kepakaran antarabang­sa yang dimiliki Zoo Conpenhage­n dalam bidang biodoversi­ti dan pengurusan habitat hidupan liar.

Katanya, selaras dengan kerjasama ini, pemindahan teknologi juga boleh memberi manfaat kepada pihak berkuasa tempatan untuk menggunaka­n model sama yang terbukti berkesan memenuhi hasrat kerajaan negeri memastikan alam sekitar dan hidupan liar terus dipelihara.

“Kerjasama untuk tempoh 10 tahun ini diharap menyuntik kepakaran baru khususnya dalam pengurusan hutan, forensik hidupan liar, model populasi, kajian hidupan liar dan pelan konservasi untuk digunakan JHS,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia