Berita Harian

Maritim tahan dua bot nelayan asing

-

Miri: Kedegilan tekong dua bot nelayan asing yang mengupah awak-awak warga Vietnam menangkap ikan secara haram di perairan Sarawak di sini, memperliha­tkan mereka tidak pernah serik ditahan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Biarpun sudah berulang kali ditahan penguat kuasa Maritim Malaysia yang berpangkal­an di Pejabat Daerah Maritim 13 Miri (DM13), ia tidak sedikit pun memberi ‘keinsafan’ kepada tekong berkenaan untuk menghentik­an kegiatan haram mereka.

Difahamkan, dua bot nelayan berkenaan ditahan bersama 27 awak-awak warga Vietnam berusia antara 18 hingga 45 tahun dalam operasi khas di dua lokasi berasingan petang Ahad lalu.

Pengarah Maritim DM13, Kepten Maritim Md Fauzi Othman, berkata ketika ditahan jam 6.15 petang, kedua-dua bot nelayan asing berkenaan sedang sibuk menjalanka­n kegiatan penangkapa­n ikan dan hasil laut menggunaka­n kaedah pukat tunda ganding.

“Penahanan dilakukan kira-kira 35 batu nautika dari Kuala Sungai Miri. Hasil pemeriksaa­n mendapati lesen kedua-dua bot nelayan itu sudah tamat tempoh.

“Lebih 10,000 kilogram ikan pelbagai jenis bernilai RM100,000 turut dirampas,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Fauzi berkata, kedua-dua bot nelayan itu melakukan kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952/ 1960.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia