Berita Harian

NAJIB DAKWA NILAI BARANG DIRAMPAS TIDAK REALISTIK

Pengiraan ambil 36 hari babitkan 72 bagasi, 284 kotak

- Oleh Mohd Azam Shah Yaacob dan Kalbana Perimbanay­agam

Jumlah keseluruha­n nilai barangan mewah yang dirampas dari kediaman dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dianggarka­n antara RM900 juta hingga RM1.1 bilion mengikut harga pasaran.

Jumlah itu membabitka­n keseluruha­n nilai wang tunai, barang kemas, beg tangan, jam tangan, cermin mata yang dirampas di enam premis, iaitu di Kompleks Seri Perdana dan pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, tiga kondominiu­m di Pavilion Residences dan kediaman Najib di Jalan Langgak Duta, di ibu negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, berkata pengiraan yang dibuat pihaknya dalam tempoh 36 hari (21 Mei hingga 25 Jun) membabitka­n barangan yang disimpan dalam 72 bagasi serta 284 kotak mengandung­i beg tangan berjenama.

“Pengiraan dan pemeriksaa­n ambil masa (agak) lama kerana angka adalah besar. Oleh kerana jumlah yang banyak dan memerlukan penilaian pakar, lapan pasukan terdiri membabitka­n 150 anggota polis dan pakar.

“Hasilnya, daripada 72 beg yang dirampas itu, sebanyak 35 bagasi mengandung­i wang tunai, termasuk mata wang asing berjumlah RM116.7 juta, manakala 25 bagasi lagi mengandung­i 12,000 barang kemas dianggar bernilai RM880 juta berdasarka­n harga pasaran. Ia termasuk 1,400 utas rantai; 2,200 cincin; 2,100 gelang; 2,800 pasang subang; 1,600 kerongsang dan 14 tiara.

“Barang kemas termahal yang dirampas dari pada serbuan ke premis berkaitan Najib ialah seutas rantai leher bernilai RM6.4 juta,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat JSJK Bukit Aman di Menara KPJ, di sini, semalam.

Ada lagi belum dinilai

Amar Singh berkata, selain wang tunai dan barang kemas, PDRM juga turut menemui 423 utas jam tangan terdiri daripada lebih 100 jenama, selain 234 unit cermin mata berjenama.

Amar Singh berkata, bagi beg tangan pula, ia terdiri daripada 37 jenama terkemuka antaranya Bijan, Hermes, Prada dan Chanel.

“Nilai bagi 272 beg Hermes dirampas sahaja dianggar RM51.3 juta. Yang lain (beg tangan) masih belum dinilai kerana menunggu pakar untuk dinilai,” katanya.

Jam tangan 423 utas itu pula melebihi 100 jenama yang mana paling banyak antaranya adalah jenama Rolex, Chopard dan Richard Mille, semuanya bernilai RM78 juta.

“Jam tangan paling mahal dirampas adalah Rolex Paul Newman Daytona yang bernilai RM3.5 juta dan Chopard RM2.5 juta dan Richard Mille, RM1.6 juta,” katanya sambil menambah pengiraan terhadap jam tangan mengambil masa tiga hari.

Cermin mata pula, kata Amar Singh terdiri daripada 34 jenama antaranya Versace, Gucci, Dior dan Cartier yang semuanya dianggarka­n bernilai RM374,000.

Najib, Rosmah akan dipanggil

“Semua wang tunai dan barang kemas kini ditempatka­n di Bank Negara,” katanya.

Katanya, selain barangan, pihaknya turut menemui dokumen dipercayai mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) di premis di Putrajaya.

“Buat masa ini kami sedang meneliti dokumen berkenaan dan menyiasat kaitannya dengan 1MDB. Malah, hingga kini kita sudah merakam lebih 30 kenyataan daripada individu babitkan siasatan terhadap 1MDB,” katanya.

Menurut Amar Singh, PDRM akan memanggil Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam masa terdekat bagi memberi keterangan.

Katanya, siasatan kes itu dibuat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA).

Pengiraan dan pemeriksaa­n ambil masa (agak) lama kerana angka adalah besar. Oleh kerana jumlah yang banyak dan memerlukan penilaian pakar, lapan pasukan terdiri membabitka­n 150 anggota polis dan pakar” Amar Singh Ishar Singh, Pengarah Jabatan

Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman

 ?? [FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI/BH] ?? Amar Singh menunjukka­n gambar sebahagian barang rampasan pada sidang media di Ibu Pejabat JSJK Bukit Aman di Menara KPJ, Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI/BH] Amar Singh menunjukka­n gambar sebahagian barang rampasan pada sidang media di Ibu Pejabat JSJK Bukit Aman di Menara KPJ, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia