Berita Harian

‘Tuhan tolong kami’

Lionel Messi menyifatka­n kemenangan 2-1 Argentina ke atas Nigeria di Saint Petersburg, kelmarin, sekali gus mara ke peringkat kalah mati atas keyakinan mereka mendapat pertolonga­n tuhan pada aksi berkenaan

-

Argentina dan Lionel Messi melangkah ke pusingan kalah mati Piala Dunia selepas gol kemenangan yang dihasilkan pemain pertahanan, Marcos Rojo pada minit ke-86 membolehka­n mereka menang 2-1 ke atas Nigeria, kelmarin.

Skuad juara dua kali itu akan menentang Perancis di kelompok 16 terakhir manakala Croatia yang layak selaku juara Kumpulan D selepas mengalahka­n Iceland 2-1, akan bertemu Denmark.

Nigeria hampir menyingkir­kan Argentina tetapi Rojo berjaya menjaringk­an gol hasil hantaran lintang Gabriel Mercado beberapa minit sebelum tamat perlawanan.

Ketika drama di sini berakhir, Iceland pula berhempas pulas untuk melakar kemenangan ke atas Croatia di Rostov-onDon kerana sedar hanya keme- nangan yang akan membawa mereka ke pusingan kedua.

Bagaimanap­un, Argentina tidak lagi perlu memikirkan keputusan di Rostov-on-don selepas berjaya menundukka­n Nigeria.

Messi meletakkan Argentina di depan pada minit ke-14 tetapi lawan dari Afrika itu menyamakan kedudukan selepas Victor Moses menyempurn­akan penalti pada minit ke-51.

Bergelut cari gol

Skuad Amerika Selatan itu dilihat bergelut untuk mencari gol kemenangan pada babak kedua.

Walaupun memiliki barisan penyerang yang diakui berbisa, Argentina terpaksa meletakkan harapan kepada pertahanan, Rojo untuk menghasilk­an gol yang turut mendapat perhatian Messi.

“Kami tahu bahawa kami akan menang, kami yakin tuhan akan membantu kami. Kami percaya semuanya akan berubah. Tetapi kami tidak pernah membayangk­an bahawa kami akan bergelut sebegini rupa.

“Apa yang penting sekarang ialah kami sudah layak ke pusingan kedua,” kata Messi.

Perlawanan bermula dengan baik buat skuad bimbingan Jorge Sampaoli itu yang hanya berjaya mengumpul satu mata hasil dua perlawanan awal.

Hantaran Ever Banega disambut baik oleh Messi sebelum melepaskan rembatan yang gagal diselamatk­an penjaga gol muda Nigeria, Francis Uzoho untuk gol pertama Argentina.

Kehadiran Banega di dalam pasukan cukup melegakan Sampaoli dan pemain tengah Sevilla itu memberikan tenaga yang amat diperlukan pasukannya di Russia.

Ia aksi yang baik buat Argentina tetapi perlawanan berubah seratus peratus sebaik memasuki babak kedua.

Ketika cuba mempertaha­nkan kubunya, pertahanan Argentina, Javier Mascherano mengasari Leon Balogun dan sejurus pemain Nigeria itu jatuh, pengadil Turki, Cuneyt Cakir menghadiah­kan penalti yang mudah disempurna­kan Moses bagi mengikat kedudukan.

 ??  ?? Marcos Rojo meraikan kejayaan menjaringk­an gol kemenangan Argentina ke atas Nigeria sambil mendukung Messi pada aksi di Stadium Saint Petersburg, kelmarin. Argentina bakal bertemu Perancis dalam saingan kalah mati, Sabtu ini.
Marcos Rojo meraikan kejayaan menjaringk­an gol kemenangan Argentina ke atas Nigeria sambil mendukung Messi pada aksi di Stadium Saint Petersburg, kelmarin. Argentina bakal bertemu Perancis dalam saingan kalah mati, Sabtu ini.
 ?? [ FOTO REUTERS ] ?? Messi (kiri) menjaringk­an gol pertama Argentina pada perlawanan menentang Nigeria, kelmarin.
[ FOTO REUTERS ] Messi (kiri) menjaringk­an gol pertama Argentina pada perlawanan menentang Nigeria, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia