Berita Harian

‘Beku akaun bank prosedur biasa undang-undang’

Tindakan diambil mudahkan siasatan

- Oleh Rizanizam Abdul Hamid

Tindakan Pasukan Petugas Khas 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) membekukan akaun bank disyaki ada kaitan dengan skandal syarikat pelaburan strategik, 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB), termasuk akaun milik UMNO, bukan sesuatu yang aneh, sebaliknya prosedur biasa undang-undang.

Bekas Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr Mohd Tap Salleh, berkata beliau percaya badan siasatan bebas yang turut dianggotai Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu, bertindak tanpa dipengaruh­i kerajaan, sebaliknya mempunyai asas bertindak sedemikian untuk memudahkan proses siasatan.

Tak munasabah tuduh SPRM melampau

“Adalah tidak munasabah (menuduh SPRM melampau) kerana setahu saya sehingga ke hari ini, SPRM adalah badan bebas yang tak ada campur tangan mana-mana pihak.

“Perkara ini (pembekuan akaun) biasa dilakukan dan bukanlah dibuat sesuka hati sebagaiman­a kita lihat banyak berita sudah dilaporkan media tentang proses siasatan sejak beberapa hari lalu,” katanya ketika dihubungi NSTP di sini semalam.

Mohd Tap berkata, SPRM boleh membekukan mana-mana akaun bank mengikut undangunda­ng, sekiranya mempunyai asas atau syak wasangka.

“Mereka boleh bekukan akaun untuk memudahkan siasatan. Ini bukan perkara aneh kerana kebiasaann­ya begitulah prosesnya,” katanya.

Sementara itu, peguam yang juga aktivis, Azhar Harun, berkata sebelum ini beberapa pemimpin UMNO sendiri pernah mendakwa wang tunai RM116 juta yang dirampas pihak berkuasa daripada kediaman dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, adalah milik parti itu.

“Oleh kerana wang terbabit disyaki wang haram. UMNO pula kata wang terbabit miliknya, maka pihak berkuasa mempunyai sebab munasabah untuk menyiasat, sama ada wang dalam akaun UMNO pun adalah wang haram.

“Justeru akaun UMNO pun kena dibekukan. Habis kenapa pula tuduh pihak berkuasa menganiaya­i UMNO?,” katanya dalam catatan di Facebookny­a, semalam.

Mereka boleh bekukan akaun untuk memudahkan siasatan. Ini bukanlah perkara aneh kerana kebiasaann­ya begitulah prosesnya” Mohd Tap Salleh, Bekas Presiden Institut Integriti Malaysia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia