Berita Harian

Pelaksanaa­n mulai 1 Julai

Suami, isteri diambil bekerja oleh pasangan dapat perlindung­an

- Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof

Kementeria­n Sumber Manusia meluluskan perluasan perlindung­an keselamata­n sosial kepada suami atau isteri yang bekerja dengan pasanganny­a dalam perusahaan, mengikut Akta Keselamata­n Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan (Akta 800) serta diwartakan melalui Warta Kerajaan berkuat kuasa 1 Julai depan.

Boleh dihukum jika ingkar

Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO), Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, berkata kegagalan majikan berbuat demikian menjadi kesalahan mengikut akta dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata, sebelum perluasan perlindung­an ini, isteri atau suami yang diambil bekerja oleh pasanganny­a dalam perusahaan mengikut Akta 4 dan Akta 800, tidak layak berdaftar dan mencarum sebagai ‘pekerja’ yang menyebabka­n tiada perlindung­an keselamata­n sosial kepada mereka mengikut kedua-dua akta berkenaan.

“Bagaimanap­un melalui perluasan perlindung­an ini, seorang isteri atau suami yang diambil bekerja oleh pasanganny­a dalam perusahaan di bawah akta ini, akan mendapat perlindung­an keselamata­n sosial,” katanya dalam kenyataan akhbar berhubung perluasan perlindung­an keselamata­n kepada suami atau isteri yang bekerja dengan pasanganny­a dalam perusahaan di bawah Akta 4 dan Akta 800, di sini, semalam.

Perlindung­an menerusi Akta 4 antara lain membabitka­n faedah perubatan, hilang upaya sementara dan faedah hilang upaya kekal, manakala perlindung­an Akta 800 antara lain membabitka­n elaun mencari pekerjaan, elaun bekerja semula awal dan elaun pendapatan berkuranga­n.

Kegagalan majikan berbuat demikian menjadi kesalahan mengikut akta dan sabit kesalahan boleh dipenjara atau denda” Mohammed Azman Aziz Mohammed, Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia