Berita Harian

Jerat maut RM10 ancam hidupan liar

Pemburu guna dawai, kabel zalimi spesies

- Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

Teknik kejam digunakan apabila ada antara hidupan liar yang dijerat hingga putus kaki atau cacat, malah ada antaranya mati akibat kecederaan parah dialami.

Itu antara kesan penggunaan jerat dawai atau jerat kabel besi yang popular dalam kalangan pemburu haram, termasuk pemburu nomad warga asing yang menceroboh hutan simpan negara ini.

Jerat buatan sendiri ini dengan kos sekitar RM10 setiap satu dikenal pasti sebagai pembunuh utama pelbagai spesis hidupan liar dilindungi di negara ini.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim, berkata jerat maut itu bukan hanya digunakan untuk menangkap kijang atau rusa, malah turut digunakan pemburu haram untuk menjerat harimau, beruang, tapir, kambing gurun dan pelbagai mamalia besar lain.

Beliau berkata, ancaman jerat ini antara faktor Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar sebelum ini mengisytih­arkan 2018 sebagai tahun memerangi jerat.

“Jerat diperbuat daripada dawai atau kabel digunakan pemburu haram untuk menangkap binatang menjadi ancaman utama terhadap hidupan liar, sekali gus menyumbang kepada peningkata­n kepupusan.

“Jerat ini berupaya menyebabka­n kepupusan pelbagai spesies hidupan liar secara drastik kerana ia mendatangk­an kecederaan serius kepada mangsa, seterusnya mengakibat­kan kematian. Ia turut memberi ancaman kepada manusia,” katanya.

Lebih 2,000 jerat dimusnah

Abdul Kadir berkata, sepanjang tahun 2013 sehingga 2017, lebih 2,000 jerat dimusnahka­n dalam 630 operasi jerat dilakukan PERHILITAN.

“Saya menyifatka­n penggunaan jerat ini tindakan sangat zalim, kejam dan tidak berperikem­anusiaan. Ini kerana ada hidupan liar seperti tapir, harimau dan beruang hampir putus kaki akibat terperangk­ap pada jerat ini,” katanya.

Beliau berkata, usaha memerangi jerat adalah kempen berterusan dalam Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) melalui operasi bersepadu pelbagai agensi penguatkua­sa. Ketua Pengarah PERHILITAN “Antaranya membabitka­n Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga operasi dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Tabung Alam Sedunia (WWF) Malaysia, Wildlife Conservati­on Society (WCS), Malaysia Nature Society (MNS), RIMBA, Pertubuhan Pelindung Alam Malaysia (PELINDUNG), The Malaysian Conservati­on Alliance for Tigers (MYCAT) dan Jaringan Pemantau Perdaganga­n Hidupan Liar (TRAFFIC) Asia Tenggara.

“Kita tidak mahu kehilangan sumber biodiversi­ti yang pelbagai sehingga menyebabka­n ekosistem menjadi tidak stabil, rantaian makanan terputus dan populasi hidupan liar mangsa serta pemangsa tidak stabil.

“Menjadi tanggungja­wab PERHILITAN memastikan hidupan liar tidak pupus menjelang tahun 2050 dan untuk generasi akan datang,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia