Berita Harian

342 bookie, kaki judi Piala Dunia kena tahan

-

Kuala Lumpur: Seramai 342 pengendali pertaruhan dan kaki judi bola sepak Piala Dunia yang sedang berlangsun­g di Russia, ditahan polis di seluruh negara sejak 10 Jun lalu hingga kelmarin.

Mereka ditahan dalam dalam serbuan terhadap kawasan terbuka seperti restoran, medan selera serta kediaman persendiri­an sebelum sesebuah perlawanan bermula.

Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md Isa, berkata serbuan dibuat berdasarka­n risikan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) setiap kontinjen.

“Bertindak atas maklumat, polis melakukan pemantauan sebelum memberkas semua mereka yang membuat pertaruhan, sama ada secara atas talian atau manual.

285 serbuan

“Pertaruhan dalam talian adalah apabila seseorang pengendali atau bookie perlawanan menggunaka­n aplikasi pertaruhan menerusi laman web tertentu dan menawarkan pertaruhan kepada orang ramai, manakala pertaruhan secara manual adalah sesebuah kumpulan yang membuat pertaruhan di kawasan awam mengenai sesuatu perlawanan,” katanya, semalam.

Katanya, sebanyak 285 serbuan sejak kejohanan Piala Dunia bermula dengan kawasan Lembah Klang mencatatka­n rekod tertinggi iaitu 148 serbuan dengan 156 tangkapan.

Katanya, selain Kuala Lumpur dan Selangor, JSJ turut melakukan 33 serbuan di Pulau Pinang dengan 39 tangkapan serta 26 serbuan di Johor dengan 48 tangkapan.

“Secara keseluruha­n, JSJ merampas wang tunai yang digunakan dalam pertaruhan ini berjumlah RM341,719 dan mata wang Singapura S$2,009 selain bahan bukti seperti telefon bimbit, tablet dan komputer riba.

Bagi individu yang didapati bersalah membuat pertaruhan, mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan yang membawa hukuman denda tidak melebihi Rm20,000 atau penjara tidak lebih lima tahun.

Pengendali pertaruhan secara dalam talian atau manual pula bakal dikenakan tindakan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pertaruhan dan dikenakan hukuman denda tidak lebih RM200,000 dan penjara tidak lebih lima tahun sekiranya didapati bersalah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia