Berita Harian

Murid mati terjerut tali buaian

-

Tenom: Seorang murid Tahun Empat dipercayai mati akibat terjerut pada tali buaian milik adiknya di ruang tamu rumahnya di Kampung Makakagas, di sini, kelmarin.

Chris Danny Jeffery, 10, murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa, di sini, ditemui bapanya, Jeffrey Musa, 45, dalam keadaan tergantung pada jam 4.30 petang.

Jeffrey berkata, ketika kejadian dia sedang tidur bersama isterinya di bilik selepas pulang mengambil Danny dan dua anaknya yang tuisyen di sekolah.

“Saya terjaga selepas abang kepada Danny berlari ke ruang tamu lalu melihat anak saya (Danny) tergantung pada tali buaian dalam keadaan mukanya pucat.

“Ketika itu, saya tidak sanggup mengejutka­n isteri kerana bimbang dia pengsan jika melihat situasi itu.

Bermain tali buai

“Saya kemudian terus memeluk Danny dan melepaskan ikatan tali pada leher Danny. Saya terus mengejutka­n isteri sebelum bergegas ke Unit Kecemasan Hospital Tenom.

“Doktor kemudian mengesahka­n Danny sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Jeffrey berkata, buaian itu jarang digunakan kerana adik mangsa yang menggunaka­nnya sebelum ini sudah berusia tiga tahun.

“Saya tidak tahu Danny menggunaka­n buaian itu untuk bermain, jika tidak saya tentu membuangny­a.

“Saya hanya mengetahui apabila abang Danny memaklumka­n dia (Danny) beberapa kali Bapa bermain di buaian itu.

“Danny seorang yang suka kepada aktiviti lasak dan aktif bermain bola sepak, bola keranjang dan sukan lumba lari,” katanya.

Nafi anak gantung diri

Sementara itu, Jeffrey menafikan punca kematian Danny yang viral di Whatsapp dipercayai bermain-main menggantun­gkan diri.

“Danny hanya bermain di buaian berkenaan dan bukannya main-main gantung diri.

“Kami sekeluarga sehingga kini masih bersedih dengan apa yang berlaku kerana Danny seorang anak yang baik dan ceria. Kehilangan­nya amat kami rasai,” katanya.

Ketua Polis Daerah Tenom, Mohd Firdaus Abdullah ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan kejadian itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia