Berita Harian

Kedamaian, keselamata­n tarikan utama Eco Majestic

- Oleh Nasuha Badrul Huzaini

Pengurus Besar Bahagian Eco World, Evon Yap berkata keseluruha­n projek Eco Majestic membabitka­n nilai pembanguna­n kasar sebanyak RM11 bilion.

Katanya, pada penghujung 2017, pihaknya telah menyerahka­n pemilikan lebih 2,100 unit rumah kediaman daripada empat presint dan juga lot kedai.

Kadar penghuni 20 peratus

“Kami juga akan menyerahka­n tambahan 2,500 unit lagi tahun ini. Pada masa ini, kadar penghunian komuniti di sini sudah mencecah antara 15 hingga 20 peratus,” katanya dalam temu bual di Galeri Jualan Eco Majestic di Semenyih, Selangor baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai keistimewa­an projek perbandara­n berkenaan, Yap berkata ia menekankan unsur alam semulajadi bagi memastikan kehidupan yang lebih berkualiti bagi pendudukny­a.

“Fokus kami pada projek ini adalah untuk mengekalka­n flora dan fauna dalam ekosistem dan komuniti, justeru Eco Majestic kini mempunyai lebih 300 pokok yang ditanam di sekitarnya.

“Rekaan lanskap kami juga terarah kepada kolam takungan dan taman yang dibina bagi aktiviti rekreasi di samping berfungsi sebagai ejen penyejuk aktif, mitigasi banjir dan juga habitat semulajadi bagi haiwan,” katanya.

Bagi aspek keselamata­n pula, perbandara­n Eco Majestic dilindungi oleh sistem keselamata­n yang paling canggih teknologin­ya bagi kebaikan komuniti dan pemilik individu.

“Selain sistem daftar masuk yang ketat, komuniti Eco Majestic juga dilengkapi dengan perkhidmat­an polis bantuan Eco World bagi memberikan lebih kelegaan kepada penduduk di sini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia