Berita Harian

Bursa tempatan ditutup tinggi

FBM KLCI meningkat 25.82 mata kepada 1,691.50

-

sepanjang sesi dagangan.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 474 berbanding 345, dengan 416 kaunter tidak berubah, 679 tidak diniagakan dan 82 yang lain digantung.

Jumlah dagangan naik kepada 2.22 bilion saham bernilai RM2.97 bilion daripada 1.55 bilion saham bernilai RM1.65 bilion kelmarin.

Ketua Eksekutif dan Ketua Pegawai Pelaburan Hermana Capital Bhd, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan, berkata sentimen perang perdaganga­n yang reda itu boleh membantu menyediaka­n prospek pertumbuha­n global yang optimistik.

“Ia adalah petunjuk baik yang FBM KLCI pulih lebih 25 mata, yang turun 10.5 peratus sejak Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Kami berharap sentimen positif ini berterusan di samping menghentik­an penjualan dana asing sejak 10 hari dagangan lalu,” katanya.

Bagi saham wajaran tinggi di Bursa, Tenaga, yang menyumbang 9.92 mata kepada Indeks Komposit, dan juga kaunter untung utama, meningkat 98 sen kepada RM14.64, manakala Maybank, yang menyumbang 10.35 mata kepada Indeks Komposit, naik 16 sen kepada RM9.00.

Public Bank meningkat 36 sen kepada RM 23.36, Petronas Chemicals naik satu sen kepada RM8.41 tetapi CIMB susut setengah sen kepada RM5.45.

Dalam kalangan kaunter cergas, Sapura Energy turun satu sen kepada 64 sen, Barakah naik satu sen kepada 13 sen dan MYEG berkuranga­n 3.5 sen kepada 96.5 sen.

Indeks FBM Emas melonjak 167.85 mata kepada 11,960.93 dan FBM70 naik 191.57 mata kepada 14,627.06.

Indeks FBMT100 meningkat 173.13 mata kepada 11,757.93 dan Indeks FBM Emas Shariah naik 203.99 mata kepada 12,092.55.

Indeks FBM meningkat 7.87 mata kepada 5,127.53.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan meningkat 146.92 mata kepada 16,649.91, Indeks Perladanga­n naik 8.82 mata kepada 7,534.16 dan Indeks Perusahaan menokok 11.75 mata kepada 3,127.53.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.40 bilion saham bernilai RM2.75 bilion daripada 889.33 juta saham bernilai RM1.45 bilion kelmarin.

Jumlah dagangan waran menokok kepada 635.81 juta unit bernilai RM186.22 juta daripada 496.62 juta unit bernilai RM175.70 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE naik kepada 181.95 juta saham bernilai RM34.19 juta daripada 172.39 juta saham bernilai RM26.98 juta sebelumnya.

Barangan pengguna menyumbang 69.76 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (299.86 juta), pembinaan (62.33 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (630.25 juta), teknologi (64.55 juta), prasarana (21.18 juta), SPAC (896,900), kewangan (80.55 juta), hotel (2.57 juta), hartanah (128.33 juta), perladanga­n (31.53 juta), perlombong­an (16,200), REITS (12.70 juta) dan dana tertutup (sifar).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia