Berita Harian

Atasi kesan regangan kulit selepas bersalin

-

Panduan mengurangk­an kesan regangan

Sapu kombinasi krim vitamin C, ubat tretinoin dan asid glykolik dan vitamin C

Lakukan setiap hari supaya tekstur kulit menjadi lebih sekata.

Rawatan laser berupaya mengembali­kan sebahagian tisu elastik dan kolagen

Sapukan losen untuk kekal kelembapan kulit sepanjang tempoh kehamilan

Jauhi produk berasaskan merkuri dan plumbum.

Sapukan pelembap selepas mandi atau apabila kulit terasa kering. regangan kulit kerap berlaku yang boleh dikatakan hampir 90 peratus ibu hamil mengalami situasi sedemikian.

Beliau berkata, kesan itu boleh dilihat pada tempoh kehamilan trimester kedua mahupun ketiga.

Katanya, keadaan itu berlaku disebabkan kandungan kolagen pada kulit mengalami kesan kemerosota­n disebabkan tisu elastik menjadi halus lazimnya ketara pada bahagian payudara, perut dan paha.

Mudah merekah, tinggalkan parut

“Kesan ketara disebabkan bayi semakin membesar, tisu lembut di bawahnya tertarik dan menyebabka­n bahagian berkenaan mudah merekah dan meninggalk­an parut.

“Wanita hamil sewaktu usia muda, faktor genetik, berat badan ibu dan bayi antara faktor utama menyebabka­n regangan berlaku,” katanya ketika dihubungi, barubaru ini.

Dr Kartini Farah berkata, amalan diet ketika berpantang dengan mengambil pati ikan haruan yang dipercayai boleh menyembuhk­an kesan regangan berkenaan tidak menunjukka­n sebarang manfaat. Kajian saintifik mengenai amalan itu mengurangk­an jangkitan dan kesan luka jugatidakk­ukuh.

Beliau berkata, langkah terbaik mengatasi masalah itu dengan memastikan kulit sentiasa dalam keadaan lembap, penggunaan minyak sapuan atau krim digalakkan.

Bahan semula jadi lebih mujarab

“Antara bahan semula jadi yang disaran mujarab mengatasi masalah regangan kulit ialah dengan menggunaka­n minyak zaitun, minyak mentega koko (coco butter), minyak badam dan gel silikon.

“Terdapat juga kajian mendapati ekstrak Centella Asiatica dan asid hyaluronik berjaya mengurangk­an kesan awal regangan itu.

Kata Dr Katini Farah, terdapat teknik lain boleh membantu menghilang­kan atau mengurangk­an kesan regangan selepas kehamilan.

“Tiada rawatan berupaya memberi kesembuhan 100 peratus, sekadar mengurangk­an regangan ketara. Bahkan, wanita perlu diberikan masa bagi membolehka­n kesan pudar beransur pulih menerusi penjagaan rapi.

“Sekiranya kesan regangan kelihatan serius, anda perlu berjumpa doktor kulit atau pakar estetik secepat mungkin untuk mendapatka­n rawatan sebelum kesannya menjadi kekal,” katanya.

 ??  ?? Kesan bekas regangan ada kalanya menjadi gatal hingga menimbulka­n keadaan tidak selesa.
Kesan bekas regangan ada kalanya menjadi gatal hingga menimbulka­n keadaan tidak selesa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia