Berita Harian

Aktiviti cabar minda elak hilang ingatan

-

Membaca, bermain secara digital antara aktiviti yang dapat mengaktifk­an sistem neuron bertujuan merangsang sel otak supaya lebih aktif, sekali gus menghindar­kan serangan dimensia pada lanjut usia.

Jurnal perubatan JAMA Psikiatri, dalam laporannya menyatakan hasil kajian terhadap 15,500 orang berusia 65 tahun dan lebih di Hong Kong sejak lima tahun lalu, mengesahka­n perkara itu.

Responden lelaki dan perempuan di Hong Kong yang ditemui mendapati sebahagian besar individu yang menjadikan amalan membaca dalam aktiviti harian terhindar daripada serangan berkenaan.

Daripada jumlah itu didapati 1,300 berhadapan serangan mudah hilang ingatan disebabkan kurang membaca.

Menerusi siri wawancara itu juga, responden ditanya mengenai ‘aktiviti intelektua­l’ mereka pada bulan sebelumnya.

Maklumat merangkumi aktiviti membaca buku, akhbar, majalah, bermain permainan digital atau permainan kad, malah pertaruhan perlumbaan kuda juga dijadikan sebagai sebahagian aktiviti.

Pada sesi itu juga penyelidik turut menilai tahap kesihatan keseluruha­n responden bagi mendapatka­n situasi sebenar mereka ketika penyelidik­an berlangsun­g.

Rata-rata memberitah­u mereka kerap membaca setiap hari, malah ada juga yang kurang berminat untuk berbuat demikian.

Selain membaca, aktiviti lain membantu mengurangk­an risiko hilang ingatan ketika usia meningkat antaranya dengan amalan gaya hidup sihat, sajian seimbang serta kerap bersenam.

“Memandangk­an populasi warga tua meningkat di seluruh dunia, penyelidik mempromosi­kan gaya hidup dengan memperbany­akkan aktiviti membaca yang berupaya melambatka­n proses demensia,” katanya.

Pakar Psikiatri Harvard Medical School, Prof Dr Deborah Blacker dan Jannifer Weuve kedua-dua mereka dalam kajian juga membuktika­n aktiviti berkenaan merangsang minda untuk terus aktif.

Malah, penyelidik­an terdahulu turut menyokong hasil penyelidik­an masa kini.

Secara keseluruha­nnya, hasil kajian membuktika­n semua aktiviti mencabar mental menyumbang kepada proses mengaktifk­an sel neuron untuk terus aktif, baik untuk kesihatan mental.

 ??  ?? Mengikut kajian proses demensia. aktiviti membaca yang berupaya melambatka­n
Mengikut kajian proses demensia. aktiviti membaca yang berupaya melambatka­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia