Berita Harian

England dapat laluan mudah

Martinez nafi berdepan cabaran sengit aksi kalah mati

-

Meskipun sedikit kecewa selepas tewas 0-1 di tangan Belgium pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan, England dilihat memperoleh laluan lebih mudah pada aksi kalah mati.

Kekalahan kelmarin adalah yang pertama untuk skuad The Three Lions sekali gus menamatkan rekod 12 perlawanan tanpa tewas. Mereka bakal bertemu Colombia pada pusingan kedua sementara juara Kumpulan G, Belgium akan bertemu Jepun.

Sekiranya berjaya mengatasi Colombia, England dilihat memperoleh laluan lebih mudah di suku akhir dengan ber temu pemenang antara Sweden atau Switzerlan­d sementara Belgium akan bertemu Brazil atau Mexico dengan pasukan pilihan seperti Portugal, Uruguay, Perancis dan Argentina berada dalam laluan undian mereka.

Pemain utama cergas

Jurulatih England, Gareth Southgate yang menurunkan sembilan pemain simpanan berkata, apa yang penting ialah barisan pemainnya berjaya memberi tentangan kepada Belgium dan keputusan itu membolehka­n pemain utama cergas sepenuhnya menjelang perlawanan pusingan kedua.

“Apapun yang berlaku di pusingan kalah mati, bagi saya ini adalah keputusan paling tepat.

“Orang ramai hanya akan berkata begitu sekiranya kami menang tetapi bagi saya ia keputusan tepat kerana kami mungkin terpaksa menempuh perlawanan sukar termasuk perlu beraksi pada masa tambahan pada perlawanan seterusnya dan saya tidak mahu mengambil sebarang risiko,” katanya.

Dalam pada itu, pengendali Belgium, Roberto Martinez mengetepik­an sebarang dakwaan pasukannya akan berdepan laluan lebih mencabar ke final Piala Dunia selepas menang 1-0 ke atas England sekali gus menduduki tempat teratas Kumpulan G, kelmarin.

“Kami perlu mengharung­i satu persatu perlawanan, namun saya rasa kami boleh berdepan sesiapa saja yang akan menjadi lawan kami,” kata pengendali dari Sepanyol itu selepas jaringan Adnan Januzaj pada awal babak kedua membolehka­n Belgium muncul pemenang.

Mereka bakal berdepan Jepun bagi pertembung­an 16 terakhir dengan pemenang berkemungk­inan berdepan Brazil atau Mexico di suku akhir.

 ??  ?? Pemain England Gary Cahill melakukan cubaan ke gawang Belgium pada saingan Kumpulan G, kelmarin.
Pemain England Gary Cahill melakukan cubaan ke gawang Belgium pada saingan Kumpulan G, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia