Berita Harian

Messi dianggap jadi penentu

Skuad La Albicelest­e tiada pilihan kecuali segera bangkit

-

Argentina dan Lionel Messi perlu mencari prestasi mereka dengan pantas jika mahu mara lebih jauh dalam Piala Dunia malam ini ketika mereka bakal berdepan Perancis yang masih belum mempamer aksi sebenar.

Pertembung­an pertama dalam kelompok 16 pasukan terakhir di Russia menampilka­n aksi menarik dua pasukan yang masih belum menyerlah setakat ini.

Semua masalah usia pemain yang semakin meningkat dan tidak seimbang Argentina ditunjukka­n ketika mereka ditewaskan Croatia pada peringkat kumpulan.

Namun, dibantu semangat Diego Maradona, Messi akhirnya membuka akaun dalam kejohanan ini sebelum Marcos Rojo meledak voli menarik ketika menewaskan Nigeria bagi membolehka­n naib juara 2014 itu menempah tiket ke peringkat kalah mati.

Sementara itu, skuad kendalian Didier Deschamps yang juga antara pasukan pilihan sebelum kejohanan, tampak longgar walaupun melalui peringkat kumpulan tanpa kalah.

Griezmann hambar

Penyerang utama, Antoine Griezmann masih belum mendapat taring sebenar dan pemain tengah gagal menghasilk­an kreativiti diharapkan.

Deschamps berharap Perancis akan menemui prestasi sebenar apabila saingan kalah mati bermula hari ini.

“Kejohanan sebenar baru bermula, penyingkir­an terus,” kata Deschamps.

“Kami dapat apa yang kami mahukan. Tetapi kini halangan besar menanti kami, tetapi kami sudah berada di situ dan kami mensasarka­n untuk ke pusingan seterusnya selepas ini.”

Juara lima kali Ballon d’or, Messi menunjukka­n betapa dia amat penting buat Argentina menerusi jaringan pembukaan ketika berdepan Nigeria awal pagi Rabu lalu.

Namun, ikon Barcelona itu gagal menyempurn­akan penalti berdepan Iceland ketika seri 11 yang mengganggu harapan skuad La Albicelest­e dalam perlawanan pembukaan.

Messi hampir tidak kelihatan ketika skuad kendalian Jorge Sampaoli mengalami kekalahan kepada Croatia.

 ??  ??
 ??  ?? Messi (tengah) ketika sesi latihan bersama rakan sepasukan menjelang pertemuan dengan Perancis.
Messi (tengah) ketika sesi latihan bersama rakan sepasukan menjelang pertemuan dengan Perancis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia