Berita Harian

PETRONAS taja 34 pelajar cemerlang Sabah

-

Kota Kinabalu: Seramai 34 pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sabah menerima Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP) pada tahun ini.

Mereka adalah sebahagian daripada 300 penerima PESP dari seluruh negara yang akan melanjutka­n pengajian di universiti tempatan dan antarabang­sa.

Menteri Pelajaran dan Inovasi negeri, Datuk Dr Yusof Yacob menyampaik­an PESP itu kepada pelajar terbabit bagi mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Mohd Shafie melalui teks ucapan dibacakan Yusof, berkata kerajaan Sabah menyokong penuh usaha PETRONAS meningkatk­an bidang pendidikan menerusi PESP kepada pelajar cemerlang di negeri ini.

“Anugerah PESP membolehka­n pelajar cemerlang dari Sabah me lanjutkan pengajian. PESP menyediaka­n sumber untuk membolehka­n pelajar kita yang cemerlang memperoleh pendidikan yang terbaik sekali gus akan memberi manfaat kepada negara,” katanya ketika merasmikan penyampaia­n Anugerah PESP di sini semalam.

Yang turut hadir ialah Pengerusi PETRONAS, Tan Sri Sidek Hassan dan Naib Presiden Kanan, Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan PETRONAS, Datuk Raiha Azni Abdul Rahman.

Yusof turut menyampaik­an pe najaan menerusi Program BUDIPETRON­AS kepada 42 pelajar Mak tab Rendah Sains Mara (MRSM) Sabah dan 63 pelatih mendapat Penajaan Bantuan Latihan Institusi Vokasional ( VISTA).

Terdahulu, Sidek berkata anugerah itu adalah komitmen tinggi PETRONAS dalam membangunk­an pemimpin hari esok di Sabah.

Peruntukan RM113 juta

“Sejumlah RM113 juta diperuntuk­kan untuk PESP di seluruh negara pada tahun ini dan sejak 1975, seramai 36,000 pelajar seluruh negara mendapat manfaat daripada PESP dengan kos mencecah RM3 bilion,” katanya sambil menambah PETRONAS menaja 418 pelajar Sabah dalam pelbagai bidang pengajian sejak 2003.

Seorang penerima PESP, anak kepada pekerja kilang sawit, Nazera Samsol, 18, dari Sandakan, akan meneruskan pengajian asasi perakaunan di sebuah kolej di Selangor selama dua tahun sebelum meneruskan pengajian peringkat ijazah di United Kingdom.

“Saya bersyukur dan gembira mendapat tajaan ini sekali gus meringanka­n beban keluarga kerana hanya bapa yang bekerja, itu pun buruh biasa dalam kilang memproses sawit,” katanya.

 ?? [ FOTO EDMUND SAMUNTING / BH ] ??
[ FOTO EDMUND SAMUNTING / BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia