Berita Harian

Pengurusan masjid kecewa hukuman tidak setimpal

Denda RM25 dianggap ringan, tak sepadan dengan kesalahan

- Oleh Suzianah Jiffar

Pengurusan Tertinggi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (MBR) kecewa dengan hukuman denda RM25 terhadap dua pelancong warga asing yang menari di atas tembok masjid itu, Sabtu lalu.

Pengerusi MBR, Datuk Jamal Sakaran, berkata kesalahan yang dilakukan itu serius kerana dibuat di pekarangan masjid dan ia tidak sama dengan kesalahan dilakukan di tempat awam.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya akan mengusulka­n supaya undang-undang sedia ada dikaji semula dan jika perlu, undang-undang baharu digubal bersesuaia­n dengan kesalahan, seterusnya memperuntu­kkan hukuman yang lebih tegas dan berat.

Akur dengan keputusan

Bagaimanap­un, katanya, pihak pengurusan MBR akur terhadap kuasa menuduh dan menjatuhka­n hukuman adalah oleh pihak pendakwaan serta mahkamah.

“Kesalahan yang dilakukan perlu dilihat sebagai suatu kesalahan serius, ini kerana kesalahan itu dilakukan di perkaranga­n masjid yang tidak sama dengan kesalahan di tempat awam.

“Kesalahan seumpama itu mampu menimbulka­n implikasi berbeza, seperti menjejaska­n kesucian agama, mengguris sensitivit­i umat Islam yang dikhuatiri boleh menyebabka­n rasa marah dan bertindak di luar jangkaan.

“Masjid bukan sekadar tempat awam tetapi adalah tempat ibadat yang suci untuk bersolat,” katanya menerusi kenyataann­ya di sini, semalam.

Rabu lalu, Mahkamah Majistret di sini, mendenda dua pelancong China yang berkelakua­n tidak senonoh dengan berpakaian seksi sambil menari di tembok MBR itu.

Wan Han, 37, dan Zhang Na, 25, kedua-duanya guru tarian, masing-masing didenda RM25 selepas didakwa mengikut Seksyen 15 Ordinan Kesalahan Kecil Negeri Sabah kerana berkelakua­n tidak sopan di kawasan awam.

Majistret, Cindy Mc Juce Balitus, menjatuhka­n hukuman itu selepas kedua-duanya yang tidak diwakili peguam mengaku salah selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka.

Tubuh jawatankua­sa khas

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di tembok masjid berkenaan pada jam 4.30 petang, Sabtu lalu.

Mengulas lanjut, Jamal berkata, pihak pengurusan MBR menubuhkan satu jawatankua­sa khas pelanconga­n bersama pihak berkaitan bagi membuat penilaian semula ke atas industri pelanconga­n dan kedatangan pelancong ke masjid itu bagi mengelak kejadian sama berulang pada masa hadapan.

Jawatankua­sa itu disertai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri serta Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan, Polis Diraja Malaysia dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia