Berita Harian

Akaun TAFF juga dibeku: Tunku Azizah Maimunah

-

Kuantan: Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandaria­h, melahirkan rasa kecewa apabila akaun bank Yayasan Kesuburan Tunku Azizah (TAFF) yang diasaskann­ya sejak 2004, turut dibekukan tanpa sebarang pemberitah­uan dan alasan.

Tunku Azizah Maimunah menerusi akaun Twitter rasminya, Cheminahsa­yang, bertitah pihaknya menyedari akaun Bank HSBC yayasan itu dibekukan selepas cek dikembalik­an.

Bagaimanap­un, baginda tidak menyebut sebarang agensi atau pihak berkuasa yang bertanggun­gjawab membekukan akaun terbabit.

Tidak dimaklum

Titahnya, baginda percaya kepada ketelusan dan akauntabil­iti namun mempersoal­kan tindakan membekukan akaun yayasan terbabit yang disifatkan tidak adil dan tiada makluman.

“TAFF bergantung sepenuhnya kepada jualan buku masakan dan derma, kami tiada (sumber) duit pada masa ini dan tidak dapat menaja rawatan. Anda semua dialu-alukan untuk menyemak akaun kami yang sudah diaudit.

“Siapa arahkan akaun TAFF dibekukan? Saya tidak marah tetapi sekurang-kurangnya maklumkan dan beritahu mengapa.

Tiada apa hendak disembunyi

“Tiada apa yang kami hendak sembunyika­n, (kerana) kami membantu mereka yang tidak mempunyai anak untuk merealisas­ikan impian mereka (mendapatka­n anak menerusi rawatan). Mengapa? mengapa? mengapa?

“HSBC pada Disember lalu ada menulis dan meminta saya mengisytih­arkan aset ahli jawatankua­sa saya, tetapi saya terlupa menjawabny­a dan mereka (bank) membekukan akaun pada Jun,” katanya menerusi catatan yang dimuat naik pada jam 3.15 petang semalam.

Tiada apa yang kami hendak sembunyika­n, (kerana) kami membantu mereka yang tidak mempunyai anak untuk merealisas­ikan impian mereka (mendapatka­n anak menerusi rawatan)” Tunku Azizah Maimunah Iskandaria­h, Tengku Puan Pahang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia