Berita Harian

‘Kembalikan dana politik jika daripada 1MDB’

UMNO perlu buktikan dari mana peroleh jutaan ringgit: PM

- Oleh M Hifzuddin Ikhsan, Petah Wazzan Iskandar dan Hamzah Osman

UMNO perlu mengembali­kan dana diterima parti itu, jika terbukti ia datang daripada syarikat pelaburan strategik kerajaan yang dipalit skandal, 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB), kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri menegaskan, tindakan pembekuan akaun UMNO yang dilakukan agensi penguatkua­saan undang-undang adalah bagi membolehka­n siasatan lanjut dijalankan.

Katanya, UMNO perlu membuktika­n daripada mana sumber parti itu memperoleh wang berjumlah ratusan juta, yang kini berada di dalam akaun banknya.

“Kita (pihak berkuasa) hendak tahu duit yang ada pada UMNO (berjumlah) beratus juta itu datang daripada mana?

“Jika datang dari 1MDB, maka wang itu perlu dikembalik­an. Kita sedang siasat duit yang mereka ambil,” katanya ketika ditemui media di Majlis Rumah Terbuka Kota Mahsuri, di sini, semalam.

Dalam kenyataann­ya kelmarin, Pasukan Khas 1MDB yang turut dianggotai Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mengesahka­n tindakan pasukan itu membekukan sejumlah akaun bank, termasuk milik UMNO Pusat dan negeri bagi membantu siasatan yang dijalankan terhadap 1MDB.

Najib dakwa wang milik parti

Setakat ini UMNO Selangor, Kedah, Pahang dan Johor mengesahka­n akaun bank masing-masing dibekukan pihak berkuasa, menyebabka­n ada antara mereka mula menimbangk­an kemungkina­n memberhent­ikan kakitangan pentadbira­n pejabat.

Pembekuan akaun terbabit menyusul, selepas polis merampas kirakira RM116 juta daripada kediaman yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang sedang berdepan siasatan berhubung skandal 1MDB.

Najib yang juga bekas Presiden UMNO, berulang kali menerusi kenyataan media mendakwa wang yang dirampas pihak berkuasa daripada kediaman terbabit dalam milik parti itu.

Beberapa pemimpin UMNO juga membuat dakwaan sama tetapi setakat ini, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, menyatakan yang tiada pihak tampil membuat tuntutan dengan mengemukak­an bukti bahawa wang yang dirampas terbabit adalah milik parti terbabit.

Dalam perkembang­an berasingan, Dr Mahathir berkata, Malaysia akan menghantar kertas cadangan kepada Indonesia bagi kerjasama pengeluara­n kereta nasional ketiga negara.

“Saya ada sentuh mengenai perkara itu (dalam kunjungan ke Indonesia) tapi saya tidak tahu mereka berminat atau tidak. Mereka mahu melihat cadangan itu dan kita akan serahkan,” katanya.

Selain Indonesia, Dr Mahathir berkata, beliau turut menjemput Jepun bagi melaksanak­an projek pengeluara­n kereta nasional yang masih dalam peringkat perancanga­n berkenaan.

Mengulas penarafan kadar tukaran asing mata wang Ringgit oleh Standard and Poor Rating daripada A-/A-2 kepada A-/A-1, beliau berkata ia adalah dari kesan pengurusan ekonomi negara yang baik.

Kita (pihak berkuasa) hendak tahu duit yang ada pada UMNO (berjumlah) beratus juta itu datang dari mana? Jika datang dari 1MDB, maka wang itu perlu dikembalik­an. Kita sedang siasat duit yang mereka ambil” Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia