Berita Harian

Jejas kebangkita­n UMNO: Najib

-

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak mendakwa, pembekuan akaun bank milik UMNO akan menjejaska­n kebangkita­n parti untuk menjadi pembangkan­g yang berkesan sambil menyifatka­n ia sebagai serangan serta penafian terhadap asas demokrasi.

Bekas Perdana Menteri itu terkilan dengan tindakan pihak berkuasa membekukan akaun bank UMNO dan parti pembangkan­g lain termasuk Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Beliau berkata, tindakan itu dibuat kerana parti politik terbabit disyaki menerima dana daripada 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

“PRU-13 diadakan lima tahun lalu dan sepatutnya akaun bank parti politik terbabit dibenarkan beroperasi seperti biasa kerana ia tidak akan menjejaska­n siasatan yang sedang dilakukan.

“Bukankah rekod transaksi akaun bank berkenaan mudah diperoleh sekiranya diperlukan penyiasat? Saya juga sedih apabila seorang Ahli Parlimen Pakatan Harapan turut meminta kerajaan untuk membekukan akaun bank parti politik lain seperti MCA, MIC dan Gerakan,” katanya menerusi Facebook rasminya, semalam.

Tindakan pembekuan keterlalua­n

Terdahulu ketika berucap merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Pekan, Najib turut mempersoal­kan tindakan kerajaan membekukan akaun parti terbabit yang dianggapny­a sebagai keterlalua­n kerana mendakwa UMNO sebagai parti politik, tidak sepatutnya turut dihukum.

“Barisan Nasional (BN) dan UMNO sudah tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) baru-baru ini. Kini kita berdepan pula akibatnya termasuk membekukan akaun UMNO, akaun beberapa parti dalam BN dan UMNO Negeri.

“Jika mereka mahu melakukan siasatan teruskan tetapi kenapa perlu membekukan akaun berkenaan. Sepatutnya tindakan diambil terhadap individu dan bukannya parti (UMNO) dan ahlinya,” katanya.

Najib mendakwa, adalah tidak wajar untuk membekukan akaun bank yang akan menjejaska­n aktiviti dan pembinaan semula parti pembangkan­g.

“Ia juga akan memberi kepayahan kepada kakitangan serta keluarga mereka yang digajikan parti. Tindakan ini juga menjejaska­n aktiviti kemasyarak­atan dilakukan parti, terutamany­a bagi membantu rakyat yang masih memerlukan.

“Membekukan akaun bank parti terbesar ini akan menjejaska­n kebangkita­n pembangkan­g yang efektif dan dapat dilihat sebagai serangan dan penafian terhadap asas demokrasi,” katanya yang mendakwa, UMNO dan SUPP tidak bersalah dalam isu itu.

 ??  ?? Najib Razak
Najib Razak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia