Berita Harian

‘Saya bukan boneka Anwar’

Dr Wan Azizah selar dakwaan suami ‘TPM’ di sebalik tabir

-

Oleh Sariha Mohd Ali, Luqman Arif Abdul Karim dan Ahmad Suhael Adnan

“Saya Timbalan Perdana Menteri, bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim”. Itu penegasan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menyelar dakwaan kononnya Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri di sebalik tabir, manakala beliau hanyalah boneka suaminya.

Katanya, beliau mahu dipandang serius sebagai Timbalan Perdana Menteri, malah menjadi wanita pertama negara memegang jawatan itu yang komited menjalanka­n tugas sejak mengangkat sumpah pada 21 Mei lalu hingga saat ini.

“Saya yang datang kerja awal, saya yang balik lewat malam. Beliau (Anwar) pergi ke Turki dan London.

“Jadi, berilah saya pujian dan penghargaa­n sebab saya buat kerja banyak. Saya Timbalan Perdana Menteri, bukan dia,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan NSTP di sini, kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai khabar angin kononnya Anwar adalah individu yang memberinya arahan sepanjang menjalanka­n tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri sejak dilantik ke jawatan itu.

Dr Wan Azizah berkata, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah ‘kamus’ utama yang dijadikan rujukannya berkaitan urus tadbir kerajaan dan hal ehwal negara, sekali gus menolak tanggapan segelintir pihak, kononnya beliau lebih cenderung mengangkat Anwar sebagai ‘penasihat’ dalam mempertimb­angkan hala tuju atau mencatur dasar kerajaan.

“Pada waktu sekarang, beliau (Anwar) tiada banyak ruang untuk berbincang kerana selalu di luar negara, malah Anwar sering mengatakan ini Kabinet Tun (Dr Mahathir), jadi dia tak akan campur tangan.

“Saya hanya mendapatka­n pandangann­ya jika ada peluang dan ruang (daripada Anwar), tetapi kebanyakan masa saya di sini (pejabat), justeru lebih mudah pergi berjumpa Dr Mahathir.

Suami kerap ke luar negara

“Selepas keluar penjara, suami saya kerap ke luar negara, jadi susah untuk berbincang kerana ada kalanya perkara mahu dipertimba­ngkan tidak boleh ditunda.

“Oleh itu, selain menjadikan Dr Mahathir sebagai sumber rujukan, saya juga menelefon teman bagi mendapatka­n pandangan,” katanya.

Menyentuh keserasian bekerja dengan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah menyifatka­n tidak berdepan sebarang masalah, khususnya kerana mereka berdua berkongsi persamaan dalam latar belakang kerjaya terdahulu sebagai doktor perubatan.

“Kami berdua doktor, jadi seolaholah ada wave length (cara) yang sama dalam mengetenga­hkan pendapat, khususnya dalam keperluan menangani masalah, isu rasuah, memperkuku­h ketelusan, amanah dan keberkesan­an kerajaan.

“Dulu (keserasian dengan Dr Mahathir) memang lain ceritanya, ketika saya menjadi isteri Timbalan Perdana Menteri (jawatan Anwar pada 1993).

“Sebenarnya kami berbincang dalam pelbagai perkara, malah pergaulan dan sesi perkenalan dengan Dr Mahathir terjalin sejak 1982, iaitu apabila suami saya masuk gelanggang politik.

“Memang ada terputus (hubungan dengan Dr Mahathir sehingga menyaksika­n) perbezaan begitu ketara, namun sekarang lebih banyak persamaan apabila kita gabungkan semangat dan hasrat untuk membina negara,” katanya.

Ditanya siapa ikon sejak ‘terjun’ dalam dunia politik, Dr Wan Azizah berkata, kegigihan dicerminka­n Anwar dan Dr Mahathir tidak dinafikan menjadi pencetus semangat, termasuk dalam merintis perubahan untuk Malaysia yang ketika ini ‘dahagakan’ arus pembaharua­n mencakupi pelbagai perkara.

Ahli Parlimen Pandan itu menegaskan hakikat yang perlu disedari adalah manusia pasti melakukan kesilapan kerana dicipta sebagai khalifah tanpa sifat maksum.

“Melihat cara bekerja, fokus, cara penyelesai­an masalah memang mereka serius dan boleh dijadikan role model (ikutan) tetapi perlu diingat, manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

“Jadi, ambil perkara positif daripada mereka seperti pendekatan menangani masalah membabitka­n situasi berbeza,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia