Berita Harian

Sedia undur jika suami Perdana Menteri

-

Alor Setar: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sedia berundur daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri disandangn­ya ketika ini, selepas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik Perdana Menteri.

Beliau berkata, kesediaann­ya berundur perlu kerana tidak mahu wujudnya situasi pasangan suami isteri memegang dua jawatan tertinggi dalam sistem pentadbira­n negara.

“Kita tak ada situasi Perdana Menteri dan Timbalanny­a membabitka­n pasangan suami isteri. Jadi saya akan undur diri, namun ia tidak perlu dijadikan isu sebab itu memang satu daripada niat dari mula-mula dulu,” katanya pada sidang media selepas melawat projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kedah-anak Bukit, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Kewangan yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa Wan Azizah akan melepaskan jawatan selepas Anwar diangkat menjadi Perdana Menteri.

Wan Azizah berkata, sebelum perkara itu berlaku, Pakatan Harapan (PH) terlebih dulu menunaikan janji dibuat kepada rakyat sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) iaitu melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Fokus khidmat kepada rakyat

Ditanya sama ada proses pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri akan dipercepat­kan, beliau berkata, kerajaan kini perlu fokus memberikan khidmat kepada rakyat melalui janji dibuat sebelum ini.

Sementara itu, mengulas pembekuan akaun bank UMNO Pusat dan beberapa negeri, Wan Azizah yang juga Presiden PKR berkata, tindakan dibuat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu mengikut lundang-undang dan prosedur biasa.

Terdahulu, Wan Azizah yang meninjau projek RTB Sungai Kedahanak Bukit berkata, projek membabitka­n kos RM240 juta yang kini siap 70 peratus itu dijangka menyelesai­kan masalah banjir di Kedah.

Katanya, kos itu termasuk tambahan RM62 juta diluluskan tahun lalu bagi pembinaan jalan lencongan untuk dua jambatan iaitu di Jalan Alor Setar-kangar dan Jalan Alor Setar-gunung Keriang.

“Selepas banjir di Kedah termasuk yang paling buruk pada 2010 dengan kira-kira 46,000 mangsa dipindahka­n, selain kerosakan bendang dan harta benda, kita mahu projek ini dipercepat­kan dan dijangka siap dalam tempoh 18 bulan dari sekarang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia